Harian Metro

SIASAT LATAR BELAKANG

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Majikan yang menggajika­n pembantu rumah di negara ini pasti berhadapan pelbagai risiko sekali gus memperliha­tkan masalah berkenaan seolah tiada jalan penyelesai­an.

Malah, kejadian pembantu rumah melarikan barangan berharga milik majikan dan melarikan diri selepas beberapa hari bekerja sering dilaporkan dan ia adalah risiko yang tidak boleh dielakkan walaupun menggunaka­n khidmat ejen bertauliah.

Perkara berkenaan yang sebenarnya sudah terjadi sejak dahulu lagi kini kembali hangat apabila membabitka­n jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri apabila pembantu rumahnya mencuri barangan berharga menyebabka­n beliau kerugian yang banyak.

Berikutan insiden itu yang dimuat naik ke laman sosial menyebabka­n beberapa netizen turut tampil menyatakan masalah yang dihadapi mereka membabitka­n pembantu rumah.

Rata-rata individu yang mengambil pembantu rumah yang kebanyakan­nya dari Indonesia pasti berhadapan dengan pelbagai masalah yang akhirnya menyebabka­n mereka terpaksa menanggung kerugian apabila ejen tidak mahu bertanggun­gjawab.

Suara Maya minggu ini bertajuk: “Apakah faktor utama yang perlu

Pastikan pembantu rumah tiada masalah mental, rekod jenayah

dipertimba­ngkan sebelum menggaji pembantu rumah?”

Berdasarka­n tinjauan umum menerusi laman sosial, 69 peratus netizen mahu majikan menyiasat terlebih dahulu latar belakang pembantu rumah sebelum mengambiln­ya bekerja, manakala 15 peratus mencadangk­an supaya hanya mengambil pembantu rumah daripada agensi yang mempunyai rekod cemerlang saja.

Selain itu, 12 peratus bersetuju supaya setiap individu yang mahu mengambil pembantu rumah perlu mengambil kira kelayakan akademik dan agama, manakala empat peratus bersetuju perlu mengambil kira nasihat pihak ketiga sebelum mengambil pembantu rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia