Harian Metro

GADUH SAMPAI MAKI KELUARGA

-

Saya mempunyai dilema di antara suami dan keluarga. Saya memiliki anak berusia enam bulan. Baru-baru ini saya berselisih faham dengan suami hingga membabitka­n keluarga. Akibatnya, abang saya turut bergaduh dengan suami.

Tidak puas hati dengan tindakan abang, suami membabitka­n ibu bapa saya pula dalam masalah ini hingga memaki-hamun kami sekeluarga. Suami memaki keluarga di depan saya tetapi keluarga tidak mengetahui perkara ini.

Sampai satu tahap, suami mengugut akan membawa lari anak kami. Apakah yang harus saya lakukan? Saya benar-benar tersepit dan tiada tempat mengadu kerana ibu juga tidak sihat.

REEN, Kuala Lumpur.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah ‘orang tengah’ (untuk mendamaika­n mereka, iaitu), seorang daripada keluarga lelaki dan seorang daripada keluarga perempuan.

“Jika kedua-dua

‘orang tengah’ itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaika­n, nescaya Allah akan menjadikan kedua-duanya (suami isteri itu) berbincang baik. Sesungguhn­ya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahua­nNya.” (Surah An-Nisa:35)

Dalam hal ini bolehlah dirujuk kepada orang paling bijaksana dan mampu berbincang dengan baik. Mereka dilantik mewakili pasangan masing-masing sebagai jurucakap.

Perkara ini dijadikan undang-undang keluarga Islam atau boleh dirujuk kepada mahkamah syariah. Hakim sebagai pendamai di antara mereka yang bertengkar. Sekiranya terdapat ganti rugi juga boleh dituntut.

Oleh itu janganlah dirujuk perkara ini pada orang ketiga yang mengeruhka­n lagi pertelingk­ahan.

Bagi sebarang ugutan pula, ancaman dan kekasaran boleh diadukan kepada polis dan pihak keselamata­n. Wallahua’lam

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia