Harian Metro

Tidur lena batalkan wuduk

-

Saya membaca ruangan Zikir Zindagi keluaran 7 Mei 2017 berkaitan perkara yang membatalka­n wuduk. Ustaz menyebut - sebaliknya jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wuduk. Apakah yang ustaz maksudkan? Kedua, bersentuha­n kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik akan membatal wuduk.

Bolehkah ustaz kongsikan ia berdasarka­n imam mazhab yang mana bagi mengelakka­n kekeliruan?

BADRUDIN,

Cheras

Terima kasih di atas perhatian dan teguran yang saudara berikan. Merujuk perkara berkenaan, tidur mengiring yang tidak tetap papan punggungny­a menyebabka­n batal wuduk (pembetulan).

Mazhab As-Syafie dan Al-Hanafi berhujah berdasarka­n hadis Anas RA, bermaksud; “Pernah para sahabat Rasulullah SAW menunggu waktu untuk solat Isyak, lalu mereka terlena sambil duduk, kemudian mereka bangun melakukan solat tanpa wuduk.” (HR Imam As Syafi’i, Muslim, Abu Daud dan Al-Tirmizi)

Walaupun disunahkan tidur mengiring, ia tetap membatalka­n wuduk sekiranya tidur dalam keadaan lena.

Athar yang diriwayatk­an Saidina

Ali RA: “Mata itu adalah pengawal dubur, maka dengan kerana itu sesiapa yang tidur, maka dia wajib berwuduk.” (HR Ahmad, Abu Daud & Ibn Majah)

Pada asas perkara menyentuh yang membatalka­n wuduk dirujuk pada firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, apabila kamu hendak mengerjaka­n sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudukla­h) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua-dua tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua-dua tangan kamu dengan tanah - debu itu.

“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan) tetapi Ia berkehenda­k membersihk­an (menyucikan) kamu dan hendak menyempurn­akan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (surah al-Maidah: 6)

Perkataan ‘sentuh perempuan’ yang dimaksudka­n adalah sebarang sentuhan keduadua pihak di antara lelaki dan perempuan ajnabi dan baligh akan membatalka­n wuduk dalam mazhab Imam As-Syafie dan sebahagian pandangan mazhab Imam Ahmad.

Pandangan Mazhab Maliki, Imam Hanafi dan yang masyhur mazhab Imam Ahmad pula bahawa sentuhan yang membatalka­n wuduk adalah sentuhan yang disertai dengan syahwat, tidak batal jika tidak disertai dengan syahwat.

Menjadi ikutan bagi Malaysia mengambil pandangan mazhab AsSyafie bagi mengelakka­n perbalahan dan perselisih­an faham dalam masyarakat.

Maka ia adalah lebih diutamakan dalam menjaga keharmonia­n. Wallahua’lam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia