Harian Metro

Haram untung niaga di tempat larangan

-

Merujuk jawapan ustaz dalam ruangan ini pada 23 April 2017, mengenai menanam pokok atas rizab sungai. Soalan saya, apakah hukumnya pendapatan daripada perniagaan yang dijalankan di tapak yang dibangunka­n atas tanah yang dirizabkan sebagai taman dalam kawasan perumahan.

Begitu juga pendapatan daripada perniagaan yang dijalankan di tapak yang didirikan atas kawasan tempat yang dikhaskan sebagai tempat letak kereta.

Kedua-dua keadaan tapak perniagaan tadi didirikan atas kawasan milik awam yang manfaatnya untuk orang awam tetapi disalah guna pihak tertentu bagi menjalanka­n perniagaan.

Status bekalan elektrik dan air juga tidak diketahui sama ada dibuat secara sah atau sebaliknya.

RIDZUAN, Shah Alam

Tanah yang digazet atau rizab sudah pasti mempunyai tujuan tertentu. Ia juga mempunyai pemilik yang bertanggun­gjawab terhadap tanah-tanah itu.

Sebagai contoh, rizab taman atau medan letak kereta diuruskan dan dipertangg­ungjawabka­n kepada pihak berkuasa tempatan. Maka ia hendaklah dirujuk kepada kebenaran pihak terbabit. Tiada yang terkecuali daripada undang-undang.

Sekiranya ia melanggar peraturan dan kepentinga­n awam, sudah pasti akan diambil tindakan. Ia bukan sahaja di tanah rizab malah di kawasan perumahan yang mengganggu jiran tetangga seperti bau busuk, asap, bising dan menjijikka­n.

Allah melarang keras perbuatan mengambil hak orang lain dengan batil melalui firmanNya bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.” (Surah An Nisaa’: 29)

Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan berdasarka­n sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang menanam di sebuah tanah milik sebuah kaum tanpa izin mereka, maka ia tidak berhak memperoleh daripada tanaman itu sedikitpun, dan untuknya (perampas) nafkah yang dikeluarka­nnya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah & At-Tirmidzi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia