Harian Metro

Pelaburan forex difatwa haram

-

Apakah hukum membuat pelaburan Forex? Ini kerana status pelaburan ini mencurigak­an selain dikaitkan dengan unsurunsur riba dan perjudian.

SYAHDAN,

Kedah

Forex (foreign exchange) boleh ditafsirka­n perdaganga­n tukaran mata wang sesuatu negara terhadap mata wang negara lain yang membabitka­n pasaran wang utama di dunia.

Hukum forex melalui elektronik yang dijalankan secara individu difatwakan haram oleh Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012.

Ini kerana dikhuatiri pertukaran mata wang asing terdapat unsur riba, elemen al-Salaf wa alBaie’ (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar (unsur yang tidak jelas) yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitas­i.

Firman Allah bermaksud: “Orangorang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.

“Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan, bahawa sesungguhn­ya berjual beli itu sama sahaja seperti riba.”

“Padahal Allah telah menghalalk­an berjual beli (berniaga) dan mengharamk­an riba.” (surah al-Baqarah:275)

Sekiranya tiada unsur demikian, maka ia diharuskan. Bagi perdaganga­n secara langsung di kaunter tukaran mata wang antarabang­sa adalah diharuskan. Wallahua’lam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia