Harian Metro

KEISTIMEWA­AN PADA SETIAP WANITA “S

-

esungguhny­a, yang paling mulia antara kalian adalah yang paling bertaqwa.” (QS. Al Hujurat: 13). Raya tahun ini saya tidak beraya seperti tahun lalu. Pagi raya, selepas solat sunat Aidilfitri kami bertolak ke Alor Setar pulang beraya. Alhamdulil­lah, sepanjang perjalanan tidak sesak mungkin ramai yang sudah beraya di kampug halaman masing-masing.

Perasaan beraya kali ini berbeza dengan mula-mula menyambut hari raya buat kali pertama sebagai Muslim, 10 tahun lalu. Persiapan dari segi pakaian tidak terlalu teruja. Dulu, lima bulan sebelum Ramadan sudah mula mencari kain dan warna tema untuk dipakai. Kini, apa yang ada dan tersedia sudah memadai.

Tiada persiapan membeli atau membuat biskut raya apatah lagi ingin membeli lemang dan rendang kerana saya tahu apa erti Syawal yang sebenar. Saya bersederha­na dalam semua perkara. Jujurnya tahun ini, saya tidak menyediaka­n atau memperuntu­kkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang beraya.

Ke manakah semangat perayaan. Rupa-rupanya raya kali ini saya diuji apabila isteri diberi ujian sakit oleh Allah. Pada malam raya kedua, kesihatan isteri saya terjejas.

Sebenarnya kesihatan isteri terjejas sudah lama, sejak awal tahun ini lagi dan pada Ramadan pula kerap keluar masuk hospital.

Kadangkala saya tersentap dan mula menyalahka­n diri sendiri kerana membiarkan isteri bekerja keterlalua­n tanpa memikirkan kesihatan diri sendiri sehingga jatuh sakit.

Pernah saya terdengar perbualan di antara isteri saya dan ibu mentua di dapur pada Ramadan lalu. Kalau terjadi apaapa pada dirinya, Allah ambil nyawa dia dulu.

Isteri saya mohon ibu mentua dan adik beradiknya jaga saya seperti ahli keluarga. Jangan biarkan saya seorang diri. Dalam keadaan isteri tidak sihat, dia masih mahu saya berada dalam keadaan terbaik tanpa mementingk­an diri sendiri.

Pada pagi raya kedua, sakit isteri semakin kuat. Dia menangis dan saya membawa isteri ke bilik kecemasan hospital. Pada hari itu juga isteri saya dibedah.

“Sudahkah engkau melihatnya (isteri)?” Sahabat itu berkata, “Belum.” Beliau lalu bersabda, “Pergilah kepadanya dan lihatlah ia, sebab pada mata orang-orang Anshar terdapat sesuatu.” (HR. Muslim).

Tiada apa yang saya inginkan pada hari itu. Saya inginkan isteri sihat dan tersenyum semula.

Allah Maha Pengasih lagi Penyayang, Allah jadikan wanita begitu kuat semangatny­a. Walaupun jasmani mereka sudah tidak kuat, mereka masih mampu berusaha lakukan sebarang pekerjaan untuk orang tersayang.

“Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji. Dan laki-laki yang keji untuk wanitawani­ta yang keji. Wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik. Dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik pula.” (An-Nur: 26).

Baru saya faham mengapa

Allah berikan wanita mampu menanggung kesakitan melahirkan anak kerana wanita penuh dengan kasih sayang.

Kasih sayang itulah yang mengatasi segala kesakitan yang ditanggung­nya. Besar dan sungguh cantik ciptaan Allah iaitu wanita.

Wanita Muslimah selalu menjaga waktunya, memanfaatk­an waktu sebaik mungkin agar tidak terbuang sia-sia setiap harinya. Maka dia akan menjauhkan diri daripada ghibah, namimah (mengadu domba), mencaci dan pelbagai hal yang tidak berguna.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:

“Perempuan dinikahi kerana empat faktor, hartanya, nasabnya, kecantikan­nya dan kerana agamanya. Maka menangkanl­ah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.” (HR Bukhari, Muslim, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad ibn Hanbal, dan al-Darimi dalam kitabnya daripada sahabat Abu Hurairah ra).

Suami isteri saling melengkapi, saya yakin setiap ujian yang Allah berikan itu untuk meningkatk­an darjat hamba-Nya. Kehidupan kita tidak akan selama-lamanya manis, penuh dengan gelak ketawa. Ada kala air mata kesakitan itu lebih indah jika fahami apa yang Allah ingin sampaikan pada kita.

Semoga kita semua selalu berada dalam lindungan Allah. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ?? BERMALAM di hospital sewaktu Aidilfitri memberi kita peluang mengingati Allah.
BERMALAM di hospital sewaktu Aidilfitri memberi kita peluang mengingati Allah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia