Harian Metro

Penting wirid selepas solat

-

Mutakhir ini kita lihat ramai mengambil mudah mengenai wirid dan zikir selepas solat, bahkan ada segelintir yang meninggalk­an tempat solat sebelum sempat berdoa.

Seolah-olah solat itu perkara yang menjemukan dan merimaskan. Sungguhpun perkara ini tidak wajib tetapi membaca zikir atau berwirid selepas solat mempunyai pelbagai fadhilat atau kelebihan yang boleh membantu kita dalam mencapai kejayaan dunia serta akhirat.

Hukum zikir selepas solat

Sunat selepas solat kita membaca zikir dan doa yang diambil daripada al-Quran dan hadis nabi seperti disebut oleh ulama mazhab Shafie seperti Shekhul

Islam Zakaria Al Ansori, Shekh Ibnu Hajar Alhaitami dan ramai lagi. Cuma berlaku sedikit khilaf cara mengalunka­n zikir sama ada secara perlahan atau kuat.

Sekiranya ia tidak mengganggu jemaah maka diharuskan membaca dengan kuat, kesimpulan­nya amat baik untuk kita membaca zikir supaya beroleh fadhilat daripada apa yang kita baca. Fadhilat zikir berdasarka­n hadis

Nabi, “Sesiapa yang bertasbih, bertahmid dan bertakbir sebanyak 33 kali selepas melaksanak­an solat fardu hingga berjumlah 99, kemudian menggenapk­annya untuk yang ke-100 dengan ucapan laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah­u lahul mulku walalhul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qodiir, maka kesalahann­ya akan diampuni meskipun sebanyak buih di lautan.”

Sungguh besar kelebihan bagi mereka yang mengamalka­nnya kerana ia menghapusk­an dosa-dosa kecil yang kita lakukan saban hari.

Begitu juga dengan istighfar yang sangat dianjur oleh Rasulullah supaya diperbanya­kkan menyebutny­a, ditambah lagi bacaan ayatul kursi yang mana faedahnya untuk menjaga kita daripada gangguan iblis syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk merosakkan kita. Sangat banyak kelebihan kita raih apabila berzikir.

Selain mencuci segala dosa, zikir juga menjadi perisai berdepan musuh Allah dan perkara yang amat penting untuk kita buat ialah berdoa pada Allah kerana banyak ayat al-Quran dan hadis menyeru kita berbuat demikian.

Ini disarankan supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang sombong dengan Tuhan serta berasakan amalan yang kita lakukan sudah benar-benar sempurna. Selain itu kita perlu mengetahui waktu mustajab doa selepas menunaikan solat fardu.

Oleh yang demikian, guna peluang ini untuk meminta apa saja daripada Allah kerana hanya Dia yang dapat memberikan yang terbaik sama ada soal dunia atau akhirat. Jangan lepaskan peluang ini dengan alasan remeh kerana masa solat kita terlalu singkat jika dibandingk­an dengan masa kita habiskan untuk hal dunia.

Jadi, kita gunakan sebaikbaik­nya dalam menunaikan kewajipan terhadap Allah serta perbanyakk­an amalan sunat.

Mudah-mudahan ia dapat mengimbang­i kekurangan amalan wajib yang kita lakukan. Akhir kalam, saya sudahi dengan kata-kata indah yang juga nasihat daripada guru saya ketika belajar dahulu:

“Sesugguhny­a orang yang meremehkan adab, lama-kelamaan dia akan meremehkan perkara sunat dan orang yang meremehkan perkara sunat, lama-kelamaan dia akan meninggalk­an perkara wajib.”

Justeru, kita umat Islam disaran mengamalka­n zikir atau wirid selepas solat agar kita dipelihara oleh Allah dan hidup diberkati olehnya, insya-Allah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia