Harian Metro

AIDILFITRI SEPI DI KAZAKHSTAN

- Nurul Husna Mahmud metahad@hmetro.com.my

Berada di negara bekas Soviet Union, Kazakhstan, saya berdepan pengalaman berbeza terutama perlu berpuasa 18 jam dalam musim panas dengan suhu 33 darjah Celsius.

Berbanding mendirikan Rukun Islam ketiga di tanah air yang berbuka jam 7.33 malam, jurang waktu di Astana yang lewat dua jam dan siang lebih panjang itu semestinya menduga keimanan mereka mendirikan ibadat itu.

Satu kesempatan bermakna ketika memenuhi tugasan menghadiri Ekspo Astana 2017 dan Forum

Media Eurasia di negara Euroasia itu, baru-baru ini, memberi gambaran mengenai cara hidup masyarakat Muslim di sana.

Sebenarnya 70 peratus penduduk Kazakhstan adalah Muslim. Sekali gus menjadikan negara itu negara Islam tetapi mengenai amalan agama seperti berpuasa, rata-rata rakyatnya lebih terbuka dan tidak terikat untuk amalan itu.

Malah, Ramadan di sini tidak begitu dirasai dan ditambah ketiadaan kelibat bazar mahupun pasar menjual juadah berbuka. Tambahan pula restoran dan kedai makan beroperasi seperti biasa.

Itu menjentik keinginan untuk mengetahui suasana perayaan Aidilfitri di negara berkenaan. Semestinya suasana meraikan perayaan Aidilfitri di sini berbeza terutama buat rakyat Malaysia yang sudah sebati dengan memakai busana baru mahupun juadah tradisiona­l.

Itu diakui kakitangan kedutaan Malaysia di Kazakhstan, Nur Atikah Buang yang berkata, suasana perayaan di Kazakhstan jauh berbeza dengan beraya di kampung halamannya Bukit Lintang, Melaka.

“Berada di sini semestinya mengundang perasaan rindu pada rutin saya saban tahun meraikan perayaan bersama keluarga di Melaka.

“Kebiasaann­ya sehari sebelum raya, saya akan pergi ke Pasar Besar Melaka bersama ibu untuk persiapan memasak juadah raya iaitu kari daging, rendang ayam dan sambal udang. Tidak lupa sambal kacang belimbing buluh menjadi juadah wajib bersama ketupat mesti disediakan.

“Apabila tiba di sini, perasaanny­a sangat berbeza dan tidak semeriah diraikan di Malaysia. Pengaruh dijajah 25 tahun masih menebal membuatkan gaya hidup sekularism­e mengisi pemikiran mereka.

“Jadi, biasanya warga Malaysia di sini seperti kakitangan kedutaan, kami menghidupk­an suasana itu dengan cara dan gaya tersendiri seperti budaya serta amalan di kampung halaman,” katanya.

Tambahnya, Aidilfitri di Kazakhstan kali ini yang masuk tahun kedua bagi dia bersama suami dan anak jauh lebih meriah daripada tahun sebelumnya. Keluarga kecilnya menerima kehadiran delegasi Malaysia menyertai Ekspo Astana

2017 yang berkampung di bumi bekas Soviet itu sejak bulan lalu.

“Tahun pertama semestinya sepi kerana hanya tiga keluarga yang ada di sini meraikan Aidilfitri di kedutaan Malaysia iaitu Duta Besar, Setiausaha kedua dan saya.

“Setelah mendirikan solat sunat Aidilfitri kirakira jam 6.30 pagi, kami hanya meraikan sambutan dengan mengunjung­i diplomat lain seperti Indonesia. Namun, tahun ini lebih meriah kerana ramai rakyat Malaysia berada di Kazakhtan, baik membabitka­n pertukaran pelajar dari Malaysia serta delegasi Malaysia yang bertugas di sini.

“Persiapan raya tahun ini sudah besar dengan membuat lima jenis kuih raya, membeli empat kilogram daging lembu dan enam ekor ayam buat lauk memasak juadah hari raya bagi meraikan tetamu,” katanya yang turut memaklumka­n dia bersama warga kedutaan Malaysia mendirikan solat di masjid Nur Astana.

Buat wartawan New Straits Times (NSTP), Bilqis Bahari yang meraikan raya pertama bersama suaminya warga tempatan di Kazakhstan, mempunyai pengalaman berbeza.

“Saya pernah menyambut hari raya di Brunei dan Australia tetapi ketika itu keluarga saya ada bersama, jadi tidaklah terasa begitu sunyi.

“Orang Kazakhstan tidak begitu meraikan Aidilfitri seperti di Malaysia. Sambutan mereka lebih ringkas iaitu solat sunat dan mengunjung­i keluarga terdekat. Memadai sehari untuk meraikan perayaan terbabit.

“Esok mereka sudah bekerja seperti biasa.

Tiada makanan tradisiona­l ataupun pakaian raya seperti di Malaysia.

“Buat saya, itu satu cabaran kerana di Malaysia saya sudah terbiasa dengan juadah raya seperti rendang

 ??  ?? RAYA pertama Syuhida di Kazakhstan.
RAYA pertama Syuhida di Kazakhstan.
 ??  ?? DUTA Besar Malaysia di Kazakhstan dan keluarga.
DUTA Besar Malaysia di Kazakhstan dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia