Harian Metro

Sembunyi status anak satu

-

Saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Hal itu saya rahsiakan daripada pengetahua­n bakal tunang.

Saya tidak menipu cuma tidak berterus terang. Anak saya dijaga abang dan kakak ipar kerana mereka tidak mempunyai anak selepas 12 tahun berkahwin.

Anak saya berusia lima tahun dan kakak ipar menyusukan sendiri. Selepas bercerai dengan bekas suami, saya murung kerana suami memilih wanita Siam.

Sejak itu abang dan kakak ipar memilih untuk menjaga anak saya. Biarpun anak kandung, saya rasa kekok berdepan dengan anak sendiri.

Mengenai teman lelaki saya bimbang penerimaan dia terhadap status janda saya. Apa perlu saya lakukan Dang Setia?

NIA, Kuala Lumpur Daripada Abu Dzaar, ia berkata: “Kekasihku Rasulullah SAW memerintah­kan tujuh hal padaku: (1) mencintai orang miskin dan dekat dengan mereka, (2) beliau memerintah agar melihat pada orang di bawahku (dalam hal harta) dan janganlah lihat pada orang yang berada di atasku, (3) beliau memerintah­kan padaku untuk menyambung tali silaturahi­m (hubungan kerabat) walau kerabat tersebut bersikap kasar,

(4) beliau memerintah­kan padaku agar tidak meminta-minta pada seseorang pun, (5) beliau memerintah­kan untuk mengatakan yang benar walau itu pahit, (6) beliau memerintah­kan padaku agar tidak takut terhadap celaan saat berdakwah di jalan Allah, (7) beliau memerintah­kan agar memperbany­ak ucapan “laa hawla wa laa quwwata illa billah” (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolonga­n Allah), kerana kalimat tersebut termasuk simpanan di bawah ‘Arsy.” (HR Ahmad)

Menerusi hadis ini jelas satu keperluan untuk jujur terutama dalam hubungan saudari dengan bakal pasangan bagi mengelak kekeliruan serta konflik lebih sukar.

Tidak dinafikan ia sejarah lama tetapi hakikat mengenai saudari mempunyai anak serta memahami hakikat mengenai hal itu cukup penting.

Hubungan darah masakan putus sebaliknya saudari perlu sedar serta bertanggun­gjawab terhadap anak biarpun kini dipelihara abang bersama kakak ipar.

Andai pasangan ikhlas menyunting saudari, sejarah dulu tidak memberi kesan sebaliknya sikap serta ketulusan saudari menjadi keutamaan ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia