Harian Metro

IMPAK PENCEROBOH­AN LAHAD DATU

-

Lumpur di Unit Risikan dan Operasi.

“Dengan mementingk­an disiplin dan komitmen tinggi pada tugas, selain menuntut pengorbana­n dari segi masa serta tenaga, saya memilih untuk menyarung pakaian seragam ini bagi menunaikan hasrat ibu bapa yang mahu anak mereka memasuki pasukan keselamata­n beruniform,” katanya kepada Metro Ahad.

Ditanya mengenai detik dia memilih untuk menyertai JIM, Sanpall berkata, ketika bertugas di Sabah, tragedi penceroboh­an Lahad Datu terjadi dan dia menyedari, kemasukan haram warga asing ke negara ini memberi impak yang membinasak­an negara.

“Ketika itu, baru terdetik dalam diri untuk menyertai JIM bagi mengatasi kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai cabaran sebagai pegawai JIM pula, Sanpall berkata, sudah tentu banyak dugaan dan rintangan yang perlu dilalui, namun hasil pengalaman kerja dan komunikasi yang baik, setiap cabaran dapat diatasi dengan mudah.

“Setiap cabaran mampu diatasi dengan mudah dengan pengalaman dan corak kerja berpasukan yang baik.

“Meskipun saya satusatuny­a pegawai bukan Melayu di Unit Risikan dan Operasi JIM Kuala Lumpur, tidak pernah wujud halangan untuk kami bekerja seperti keluarga malah saya tidak sama sekali pernah rasa terasing di sini berikutan menjalin hubungan baik dengan semua lapisan tenaga kerja,” katanya.

Anak kelahiran Selangor itu berkata, pada mata kasar pengalaman kerjanya di DOSH tidak mempunyai kaitan langsung dengan kerjayanya sekarang, namun bagi dirinya, pengalaman kerja pertamanya banyak membantu dalam perkembang­an karier terkininya.

“Hasil pengalaman kerja selama 10 tahun di situ membuatkan saya yakin dengan diri untuk berkomunik­asi dengan semua pihak, daripada pendatang asing hingga ke pegawai atasan.

“Tanpa komunikasi yang baik tidak kira dengan anggota JIM mahupun orang luar, sukar untuk mendapatka­n maklumat sepanjang operasi selain membuat kerja risikan,” katanya.

Menurutnya yang kini menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti

Sains Malaysia (USM), dia bersemanga­t untuk meneruskan kerjanya dalam JIM hasil sokongan kedua-dua ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada dirinya yang banyak menghabisk­an masa di pejabat demi tugas.

 ??  ??
 ??  ?? SANPALL berkhidmat untuk keselamata­n rakyat, bangsa dan negara.
SANPALL berkhidmat untuk keselamata­n rakyat, bangsa dan negara.
 ??  ?? SANPALL dalam satu operasi yang diketuainy­a.
SANPALL dalam satu operasi yang diketuainy­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia