Harian Metro

Dalih Tun M takut RCI forex

- BERNAMA

Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan pusingan U dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri hanya helah bagi menutup kebimbanga­nnya terhadap penubuhan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian RM30 bilion dalam pasaran tukaran mata wang asing (forex).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ia berlaku selepas 20 tahun apabila Dr Mahathir menjatuhka­n Anwar dan menggunaka­n segala cara untuk menghapusk­an Anwar daripada politik negara termasuk menangkapn­ya di bawah Akta Keselamata­n Dalam Negeri yang sekarang dimansuhka­n, mendakwa dan memenjarak­annya dan menjalanka­n kempen berterusan untuk menyerang perwatakan­nya.

“Sebenarnya, Dr Mahathir tahu, dari segi perundanga­n Anwar tidak boleh bertanding maka pusingan U kali ini bukanlah berkaitan pilihan raya umum akan datang.

“Hakikatnya, sokongan terbaru Dr Mahathir terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri didorong kebimbanga­n beliau terhadap keputusan Kabinet untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian forex berjumlah RM30 bilion oleh Bank Negara Malaysia semasa beliau menjadi Perdana Menteri sebagaiman­a dinyatakan dalam laporan Pasukan Petugas Khas,” katanya dalam catatan di blog najibrazak.com semalam.

Semakan tarif elektrik di Semenanjun­g seterusnya pada Januari 2018 selepas kerajaan bersetuju mengekalka­n rebat tarif elektrik 1.52 sen/kWJ di Semenanjun­g bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air (KETTHA) Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, semakan kos pembekalan elektrik itu dilaksanak­an Suruhanjay­a Tenaga di bawah dasar semakan semula ke atas kos bahan api dan kos penjanaan lain (ICPT) pada setiap enam bulan sekali.

“Semakan terkini dibuat bagi tempoh Januari hingga Jun 2017.

“Tetapi, pada 30 Jun 2017, kerajaan bersetuju membelanja­kan RM1.303 bilion untuk menampung peningkata­n kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjun­g bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini,” katanya dalam Johor Bahru: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) bersetuju mencadangk­an hanya dua wakil FELDA Holdings dilantik sebagai ahli lembaga pengarah FELDA Global Venture Sdn Bhd (FGV), selain seorang pengarah gantian.

Pengerusin­ya Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, keputusan mengenai perkara itu dicapai selepas pihaknya berbincang dengan Pengerusi FGV Tan Sri Sulaiman Mahbob minggu lalu.

“FELDA tidak mahu lengahkan keadaan, pada masa sekarang mustahak ada kepemimpin­an, pemikiran dan pemerhatia­n fokus kepada FGV supaya tugasan harian berjalan baik apatah lagi selepas empat pegawai digantung dan siasat.

“Buat masa ini, saya sendiri tidak mahu lengahkan dan setuju hantar dua lembaga pengarah (wakil FELDA) dan tambah satu ‘alternate’ dan ia bukan daripada saya tapi daripada pihak syarikat diputuskan pada pertemuan minggu lalu,” katanya ketika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia