Harian Metro

SEMAK TARIF ELEKTRIK 2018

-

 Kerajaan belanja RM1.3b tampung kos bahan api, jana elektrik kepada Semenanjun­g bagi Julai hingga Disember

program temu bual Ruang Bicara terbitan BERNAMA News Channel.

Turut serta dalam program itu ialah Naib Presiden (Perancanga­n dan Ekonomi Kawal Selia) TNB, Datuk Roslina Zainal.

Dr Zaini berkata, perbelanja­an RM1.303 bilion itu diterjemah­kan pada kadar 2.54 sen/kWj, apabila 1.52 sen/kWJ digunakan untuk mengekalka­n rebat tarif elektrik dan 1.02 sen/kWj digunakan untuk menampung surcaj kenaikan harga bahan api yang terus dibayar kepada penjana kuasa seperti Tenaga Nasional Bhd dan penjana bebas seperti Malakoff Corporatio­n Bhd dan YTL Power Generation Sdn Bhd.

“Ini bermakna kerajaan mengadakan pelepasan caj yang sepatutnya dikenakan kepada pengguna.

“Bagaimanap­un, kami mengambil keputusan mengekalka­n rebat ICPT pada kadar 1.52 sen/kWj untuk memastikan pengguna dapat bekalan elekrik pada kadar tarif sama,” katanya.

Selain itu, Dr Zaini berkata, semakan tentang tarif asas akan datang juga dilakukan pada Januari 2018.

“Pada ketika ini, tarif asas disemak setiap tiga tahun pada kadar tetap, iaitu 38.53 sen/kWj,” katanya.

Tarif asas mengambil kira harga asas bahan api utama seperti gas berpaip, arang batu dan gas asli cecair.

Ia juga mengambil kira kos penyelengg­araan operasi dan pembanguna­n pihak utiliti, termasuk Pulangan ke atas Aset Dikawal dan ditetapkan kerajaan untuk tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2014 hingga 31 Dissember 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia