Harian Metro

KAWAL PINTU MASUK

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Pusat refleksolo­gi tawar khidmat seks guna sistem sensor awasi pihak berkuasa

Sistem sensor dan alat kawalan jauh diguna pakai bagi mengawal pintu masuk khas ke sebuah premis pusat refleksolo­gi yang menawarkan perkhidmat­an seks wanita warga asing.

Itu antara langkah keselamata­n digunakan sindiket pelacuran selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan premis.

Taktik digunakan enam premis di Brickfield­s dan Wangsa Maju, di sini, bagaimanap­un gagal menghalang anggota Pasukan Tindakan Khas Antimaksia­t, Judi dan Gengsteris­me (STAGG), Bukit Aman menyerbu premis itu serentak jam 9.30 malam kelmarin.

Hasilnya, seramai 20 wanita warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga dicekup dalam operasi itu.

Pegawai Operasi STAGG, Superinten­dan Mohd Shukri Abdullah berkata, pihaknya menahan 10 wanita warga Filipina, masing-masing empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China berusia 20 hingga 38 tahun yang bekerja sebagai tukang urut. “Mereka dipercayai menawarkan khidmat seks pada harga antara RM150 hingga RM200 sejam.

“Perkhidmat­an tukang urut ini juga boleh ditempah menggunaka­n aplikasi WeChat,” katanya semalam.

Mohd Shukri berkata, enam lelaki tempatan berusia 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis maksiat itu.

“Premis terbabit menggunaka­n sistem CCTV dan pintu masuk khas yang menggunaka­n alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis selain menyukarka­n polis ketika serbuan dilakukan.

“Kami juga menemui wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmat­an seks seperti tuala, kondom dan tisu,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan malam kelmarin.
SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan malam kelmarin.
 ??  ?? BEBERAPA barangan yang dirampas sebagai bukti aktiviti pelacuran di lokasi diserbu.
BEBERAPA barangan yang dirampas sebagai bukti aktiviti pelacuran di lokasi diserbu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia