Harian Metro

CEKUP 19 ‘KAKI LAJAK’

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my

 Kanak-kanak tunggang basikal diubah suai hingga jalan sesak ditahan polis

Seramai 19 kanak-kanak dan remaja ditahan polis selepas dikesan kembali aktif menunggang basikal lajak atau yang diubah suai sehingga menyebabka­n kesesakan lalu lintas di Jalan Besar Skudai berhampira­n susur ke Taman Perling di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik negeri, Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar berkata, semua kanak-kanak dan remaja berusia antara 12 dan 17 tahun itu ditahan jam 12 tengah hari sebelum dibawa ke balai polis.

kes terbaru penahanan kumpulan remaja itu dilakukan selepas mereka dilihat melalui Jalan Besar Skudai berhampira­n laluan bertingkat ke susur Taman Perling sehingga menyebabka­n kesesakan lalu lintas.

“Polis memberhent­ikan mereka dan membuat peKatanya, meriksaan ke atas 19 kanak-kanak dan remaja itu. Kebanyakan basikal ditunggang mereka diubah suai dan tiada ciri keselamata­n.

“Sebanyak 19 basikal diperiksa dan 18 basikal ditahan kerana melakukan kesalahan pengubahsu­aian struktur basikal seperti tiada brek,” katanya.

Katanya, sebuah lagi basikal dalam keadaan sempurna dan tiada pengubahsu­aian dibuat.

“Sehubungan itu 18 saman dikeluarka­n mengikut Rule 42(1) LN 166/59,” katanya.

Dzulkhairi berkata, ibu bapa dan penjaga kepada semua kanak-kanak dan remaja itu dipanggil ke pejabat cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) untuk menyerahka­n anak mereka kerana masih di bawah umur.

 ??  ?? BASIKAL lajak yang dirampas.
BASIKAL lajak yang dirampas.
 ??  ?? DZULKHAIRI
DZULKHAIRI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia