Harian Metro

Jiran bantu tahan suspek pecah rumah

-

Klang: Tindakan dua penjenayah warga asing memecah masuk sebuah rumah di Pandamaran Jaya dekat sini, pagi semalam membawa padah apabila disedari penghuni rumah yang kemudianny­a mendapatka­n bantuan jiran.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, penghuni rumah berusia 33 tahun terbabit terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising di belakang rumahnya.

Dia kemudianny­a bangun dan ternampak dua lelaki mahu memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang sebelum mangsa menghubung­i jiran.

Hasil bantuan itu, seorang penjenayah ditahan manakala seorang lagi melarikan diri.

Berang dengan jenayah yang dilakukan lelaki terbabit dibelasah penduduk sehingga mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek dipercayai mahu memecah masuk rumah berkenaan namun disedari mangsa.

Beliau berkata, tindakan suspek berjaya digagalkan penduduk sebelum mereka menghubung­i polis.

“Polis menerima panggilan jam 3.45 pagi dan anggota dikerahkan ke lokasi iaitu di Flat PKNS Pandamaran Jaya.

“Suspek yang ditahan adalah warga Nepal, berusia 26 tahun dan polis turut merampas pisau berukuran 14 sentimeter yang dibawanya,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, suspek yang cedera di kepala serta tangan kiri itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan dan dimasukkan ke zon biru.

Beliau berkata, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan.

 ??  ?? PENDUDUK
menahan penjenayah yang mahu memecah masuk sebuah rumah pagi
semalam.
PENDUDUK menahan penjenayah yang mahu memecah masuk sebuah rumah pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia