Harian Metro

DERITA 3 MINGGU

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor am@hmetro.com.my

Lebih tiga minggu menjadi mangsa dera dan pemerasan, seorang kanak-kanak lelaki yang dilarikan di Taman Bukit Kepayang, Seremban 2, di sini, pada 12 Jun lalu diselamatk­an polis di sebuah rumah di Klang, Selangor, kelmarin.

Bagaimanap­un, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila melecur di mata serta kemaluan selain lebam kedua-dua lengan, kepala, belakang badan, perut, punggung dan paha.

Sumber berkata, kanak-kanak itu menjadi mangsa penderaan suami seorang daripada rakan selepas wanita berusia 25 tahun berasal dari Kapar, Selangor memintanya menjaga buat sementara waktu.

“Sebaik anaknya diserahkan, wanita itu berhibur di sebuah kelab malam di daerah ini. Tiga hari kemudian, wanita itu diberitahu, anaknya diambil seorang lelaki berusia 22 tahun dari Banting, Selangor,” katanya.

Kata sumber itu, wanita berkenaan menghubung­i rakannya dan diminta membayar RM2,000 jika mahu anaknya dibebaskan.

“Bimbang sesuatu buruk berlaku, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban Khamis lalu,” katanya.

Bertindak atas laporan

 Budak 6 tahun didera kenalan rakan ibu diselamatk­an dalam keadaan menyayat hati

dibuat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) negeri, diketuai Asisten Superinten­dan Mohd Azman Zaini menjalanka­n operasi dan menahan suspek di Linggi, Port Dickson jam 3 pagi, kelmarin.

Kata sumber itu, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Menurutnya, polis turut merampas telefon bimbit, kayu serta kabel dan kedua-dua suspek termasuk seorang lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun direman mengikut Seksyen 385, Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahka­n penahanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia