Harian Metro

ISTERI PALING TABAH

- Agensi

 Wanita kunyah, salur makanan ke dalam

mulut suami lumpuh

Seorang wanita di sini dipuji pengguna media sosial di China selepas dia dengan tabah menjaga suaminya yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya.

Lelaki itu lumpuh keseluruha­n badan selepas ter- babit dalam satu kemalangan jalan raya empat tahun lalu.

Kerana tidak boleh bergerak, isterinya, Gao Yuzhen terpaksa menggunaka­n mulutnya untuk menyalurka­n makanan kepada lelaki itu.

Pada setiap hari Gao akan mengunyah makanan hingga lumat sebelum memasukkan makanan itu ke dalam mulut suaminya.

Dia kemudian memberi sedikit air untuk memudahkan makanan itu ditelan suaminya.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, Gao dilihat menggigit roti dan mengunyah makanan itu hingga lumat.

Selepas itu dia menunduk dan memasukkan makanan berkenaan ke dalam mulut suaminya.

Dia memberi sedikit air sebelum mengurut mulut suaminya bagi membantu lelaki itu menelan makanan berkenaan.

Gao melakukan perkara itu tiga kali sehari bagi membantu suaminya makan dengan sempurna bagi meneruskan kehidupan.

Wanita itu memberitah­u wartawan, dia akan tetap menjaga suaminya walaupun doktor berkata, harapan untuk lelaki itu sembuh semula adalah tipis.

“Hanya satu harapan saya, iaitu suami saya boleh bercakap dengan saya semula.

“Saya tidak pernah putus asa dengan suami saya ini dan yakin akan ada satu keajaiban yang akan berlaku,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia