Harian Metro

KESAN 75, KELUAR 150

 Doktor terkejut selepas keluarkan lebih 100 jarum daripada badan lelaki

-

Pada April lalu sekumpulan doktor terkejut apabila mengesan sebanyak 75 jarum yang berada di dalam badan seorang pekerja kereta api di sini.

Baru-baru ini, lelaki berkenaan, Badrilal Meena, 75, menjalani dua lagi pembedahan bagi mengeluark­an sejumlah lagi jarum di dalam badannya.

Doktor sekali lagi kehairanan apabila jumlah keseluruha­n jarum yang dikeluarka­n daripada badan Meena setakat ini meningkat kepada 150.

Lebih menghairan­kan, lelaki berkenaan mendakwa dia tidak tahu bagaimana keadaan itu boleh berlaku.

“Saya tidak tahu bagaimana jarum itu boleh berada di dalam badan saya,” kata Meena.

Isteri dan anak lelaki Meena juga mendakwa mereka tidak tahu bagaimana objek tajam itu boleh berada di badan lelaki berkenaan.

Kisah lelaki itu bermula apabila dia dimasukkan ke sebuah hospital di Kota pada April lalu kerana mengadu sakit tekak dan sukar bernafas.

Imbasan CT kemudian mengesan puluhan jarum di leher, kaki dan tangan lelaki itu.

Dia kemudian dimasukkan ke enam hospital dalam tempoh beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

Bagaimanap­un, doktor mengesyaki Meena mengalami masalah mental dan dia sendiri yang mencucuk jarum itu ke dalam badannya.

Pakar psikiatri, Dr Ram Manohar memberitah­u, dia mencadangk­an Meena menjalani pemeriksaa­n di unit psikiatri tetapi lelaki itu enggan.

“Meena dan keluargany­a terus menafikan dia mempunyai masalah mental dan enggan menjalani pemeriksaa­n.

“Memang banyak kes individu yang mengalami masalah mental mencederak­an badan mereka sendiri,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR X-ray menunjukka­n sejumlah pin
di leher Meena. - Agensi
GAMBAR X-ray menunjukka­n sejumlah pin di leher Meena. - Agensi
 ??  ?? KEADAAN Meena ketika
dirawat di sebuah hospital di India.
- Agensi
KEADAAN Meena ketika dirawat di sebuah hospital di India. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia