Harian Metro

8 maut ditimbus apartmen runtuh

-

Rome: Lapan mangsa ditemui mati akibat ditimbus selepas sebuah apartmen empat tingkat tiba-tiba runtuh di Naples, selatan Itali kelmarin.

Jurucakap bomba berkata, semua mayat mangsa ditemui selepas pasukan penyelamat berusaha sepanjang malam menggali sisa runtuhan.

Pasukan penyelamat hanya menggunaka­n tangan untuk mengalihka­n sisa konkrit selepas dua tingkat bangunan itu runtuh.

Mayat terakhir ditemui anggota penyelamat pada awal pagi semalam selepas operasi mencari berjalan sepanjang malam.

Apartmen menghadap laut yang terletak di bandar Torre Annunziata dan dibina pada 1950-an itu runtuh pada jam 6.20 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Pasukan penyelamat memberitah­u, seramai lapan mangsa dilaporkan hilang.

“Kami berjaya menemui semua mangsa. Semua mangsa ditemui mati,” kata jurucakap bomba, Luca Cari semalam.

Menurutnya, dua beradik yang berusia 14 dan lapan tahun antara mangsa ditemui mati dalam tragedi berkenaan.

Penduduk memberitah­u, kerja-kerja pengubahsu­aian dilakukan di tingkat bawah bangunan itu sebelum kejadian berkenaan.

“Sangat jelas bangunan ini berada dalam keadaan yang teruk. Saya kesal kerana tiada pegawai perbandara­n yang mengawasi bangunan ini,” kata Datuk Bandar Vincenzo Ascione.

Pendakwa raya tempatan berkata, pihak berkuasa membuka siasatan bagi mencari punca bangunan itu runtuh dan mendakwa mereka yang didapati cuai. - Agensi

 ??  ?? PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa yang ditimbus bangunan apartmen yang runtuh di Torre Annunziata di Naples, Itali kelmarin. - EPA
PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa yang ditimbus bangunan apartmen yang runtuh di Torre Annunziata di Naples, Itali kelmarin. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia