Harian Metro

DAISH TEWAS DI MOSUL

- Reuters

 Tentera Iraq hampir kuasai sepenuhnya

bandar terbesar yang ditawan militan

Tentera kerajaan semakin hampir menguasai sepenuhnya Mosul semalam apabila berjaya meruntuhka­n pertahanan terakhir Daish di bandar yangmenjad­iibunegara­pemerintah­an khalifah kumpulan militan itu di Iraq.

Puluhan askar Iraq meraikan kejayaan itu berhampira­n runtuhan bangunan di tebing Sungai Tigris tanpa menunggu pengumuman kemenangan rasmi oleh kerajaan.

Askar dilihat menari mengikut irama muzik yang dimainkan menerusi sebuah trak dan melepaskan tem- bakan ke udara.

Walaupun askar Iraq berpesta tetapi sejuta penduduk Mosul yang menjadi pelarian akibat peperangan itu masih sangsi dengan nasib mereka.

“Sekiranya tiada pembinaan semula dan penduduk tidak kembali ke kediaman masing-masing, apakah makna kemenangan itu?” soal penduduk, Mohammed Haji Ahmed, 43, yang kini tinggal di kem pelarian di timur Mosul.

Sebuah stesen televisyen Iraq berkata, tentera negara itu bakal mengumumka­n kemenangan menawan Mosul pada bila-bila masa.

“Askar Iraq kini cuba menguasai beberapa meter terakhir Mosul dan selepas itu kemenangan diumumkan.

“Kini tinggal beberapa jam sahaja,” katanya.

Mosul adalah bandar ter- besar di Iraq yang ditawan militan Daish yang pernah menguasai sebahagian besar negara itu pada 2014.

Komander tentera memberitah­u, askar kini bertempur dari rumah ke rumah dengan militan Daish yang berlindung di kawasan kejiranan yang padat.

Berpuluh-puluh militan termasuk warga asing terbunuh semalam dan sebahagian lagi cuba melarikan diri dengan berenang menyeberan­gi Sungai Tigris.

“Pertempura­n kini memasuki fasa memburu saki-baki militan. Ramai militan juga menyerah diri,” kata tentera Iraq dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia