Harian Metro

AYUH BANGKIT!

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Poad yakin Khairul belajar perkara penting pada ATF

“Saya yakin Khairul (Hafiz Jantan) akan bangkit semula,” tegas jurulatihn­ya Mohd Poad Md Kassim.

Poad berkata, beliau yakin jika ‘false start’ tidak berlaku, satu pingat pasti menjadi milik pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100 meter itu di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) yang ke-22 di Bhubaneswa­r, India.

“Kami reda ia bukan rezeki Khairul. Tapi jika larian Khairul tidak batal, saya yakin memang Khairul punya,” tegas Poad.

Bantahan sudah dihantar kepada penganjur namun ditolak.

Aksi final yang berlangsun­g awal pagi semalam menyaksika­n Khairul berpeluang cerah untuk meraih emas selepas melakarkan catatan masa terpantas 10.28s ketika aksi separuh akhir.

Namun, berlaku kesilapan ketika permulaan mengakibat­kan lariannya dibatalkan.

Bagaimanap­un kata Poad, apa yang berlaku itu bukan satu pengakhira­n buat Khairul.

“Kecewa memang kecewa. Tapi ini satu pengajaran kepada dia untuk terus berjaya di peringkat lebih tinggi.

“Saya yakin dia boleh. Semua yang terjadi bukan pengakhira­n. Fokus utama tetap di Sukan SEA.

“Saya harap Khairul akan terus fokus lagi selepas ini,” katanya.

Acara akhir 100m itu akhirnya dikuasai atlet Iran Hassan Taftian yang mencatat 10.25s untuk emas manakala perak milik Han Yang Chun dari Taiwan, 10.31s selepas larian Femi Seun Ogunode turut dibatalkan. Gangsa milik pelari Maldives Hassan Saaid 10.37s.

Sementara itu, pada final wanita, dua wakil negara Zaidatul Husniah Zulkifli dan Siti Fatima Mohamad menamatkan saingan di kedudukan keempat dan keenam.

Zaidatul mencatat 11.70s manakala Siti Fatima 11.87s.

Acara itu dimenangi Viktoriya Zyabkina dari Kazakhstan yang merakam 11.39s sambil perak milik Olga Safronova juga dari Kazakhstan (11.45s) dan gangsa dimenangi Dutee Chand dari India (11.52s).

 ??  ?? ZAIDATUL tamatkan saingan di kedudukan keempat.
ZAIDATUL tamatkan saingan di kedudukan keempat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia