Harian Metro

THAILAND TARIK DIRI

 Negara Gajah Putih tumpu acara berpasukan takraw, quadrant lupakan regu

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai acara antara regu dengan tumpuan diberikan kepada acara berpasukan.

Menurut Timbalan Presiden TAT Boonchai Lorpipat, selain mempertaha­nkan emas acara berpasukan regu, negara berkenaan akan turut menyertai acara berpasukan quadrant (berempat).

“Ia adalah keputusan jurulatih untuk memberi tumpuan dalam acara berpasukan. Kami mempunyai peluang tetapi sukar untuk meramalkan emas kerana kebanyakan negara kini mempamerka­n peningkata­n,” jelasnya.

Difahamkan, Thailand mengambil keputusan untuk menarik diri dalam acara antara regu beberapa hari lalu sekali gus membuka peluang untuk Malaysia mempertaha­nkan emas yang dimenangi dua tahun lalu.

Lebih memudahkan tugas Malaysia, seteru lain seperti Vietnam, Indonesia dan Myanmar turut tidak mengambil bahagian apabila hanya Brunei, Kemboja, Filipina dan Laos mengesahka­n penyertaan.

Pada edisi 2015, Malaysia menerusi Farhan Adam, Mohd Khairul Zaman Hamir Akhbar, Mohd Hanafiah Dolah, Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi menamatkan kemarau 10 tahun untuk meraih emas acara regu.

Malah, acara chinlone (linking) yang diramalkan menyumbang emas pertama kontinjen negara semakin menjadi kenyataan apabila hanya tiga negara mengambil bahagian.

Malaysia hanya akan ditentang Brunei dan Filipina pada saingan yang dijadualka­n bermula 16 Ogos nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia