Harian Metro

TAKKAN DIAM

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 MASOC serius tangani penjualan tiket haram

KL2017, sedia ambil tindakan tegas

warkan tiket perasmian di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos yang bernilai RM20 dengan harga RM50.

Manakala tiket upacara penutup pada 30 Ogos ditawarkan dengan harga RM30 sedangkan harga asalnya ialah RM20.

“Saya ada dimaklumka­n perkara ini malam tadi dan sudah meminta Ketua Pegawai Operasi (COO) MASOC Shaiful Subhan menyiasat. Perkara ini sering berlaku terutamany­a pada acara yang menjadi tumpuan, ada yang mengambil kesempatan. Ia adalah salah dari segi undang-undang dan kita akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Sama ada ini kes terpencil atau tidak, ia tetap perlu dikawal kerana ia boleh merebak. Kita akan memikirkan cara dan mungkin membabitka­n keselamata­n seperti polis dan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia yang berada dalam jawatankua­sa,” jelasnya. Kuala Lumpur: Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2005 dan 2007, Eddey Kalai sudah bersedia untuk beraksi buat pertama kali dalam arena tinju profesiona­l.

Beraksi dalam kategori 59 kilogram untuk merebut gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) bagi kategori Super Featherwei­ght, Eddey akan berdepan lawan dari Sarawak Stephen Onn Anak Jenggieng.

Bagi Eddey, dia berharap dapat mencari kemenangan pertama pada aksi pertama di pentas tinju profesiona­l.

“Setiap petinju profesiona­l sentiasa mahukan kemenangan untuk membawa nama Malaysia. Saya akan cuba yang terbaik untuk mendapatka­n tali pinggang buat negara,” katanya.

Mengulas mengenai lawannya, Eddey berkata Stephen mempunyai kelebihan dari segi pengalaman tetapi menganggap peluang untuk menang adalah sama rata.

Sementara itu, aksi petinju termuda, R Theena Thayalan, 19, antara yang tidak boleh dilepaskan ketika ‘Boxingfest’ bakal kembali menyingkap tirainya tahun ini.

Dalam perlawanan di Johor Bahru, Januari lalu, Muhamad Farkhan Mohd Haron diangkat menjadi juara WBC Asia kategori light heavyweigh­t.

Acara kali ini membariska­n 10 perlawanan dan menampilka­n petinju profesiona­l dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Amerika Syarikat dan India.

WBC adalah satu daripada empat badan sah yang menjadi nadi penggerak Kejohanan Tinju Sedunia bersama Persekutua­n Tinju Antarabang­sa (IBF), Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Organisasi Tinju Dunia (WBO).

Tiket boleh didapati dengan melayari www.ticketpro.com.my. Setiap tiket dijual dengan harga bermula RM98. Maklumat lanjut, hubungi WBC Malaysia dengan melayari https://www.facebook.com/WBCMalaysi­a/.

 ??  ?? PENJUALAN tiket haram KL2017 di laman web mudah.my.
PENJUALAN tiket haram KL2017 di laman web mudah.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia