Harian Metro

DARAH SEORANG PELUMBA

-

Soalan (S): Sukan berbasikal ini antara yang mencabar, jadi mengapa anda memilihnya dan tidak sukan lain?

Jawapan (J): Semuanya kerana ayah. Semangatny­a membuatkan saya ingin menjadi sepertinya. Saya sering mengikut ayah berlumba dan ada kalanya kami berlumba bersama. Biarpun kalah, pengalaman itu amat bermakna buat saya. Namun ayah tidak pernah memaksa saya memilih basikal. Saya memilih sukan ini kerana minat. Saya tahu apabila saya memilih ingin bergiat aktif dalam sukan banyak yang perlu dikorbanka­n. Saya tidak mempunyai masa untuk bersuka ria. Tapi, itu tidak mengapa kerana basikal sudah dapat memberi saya kepuasan.

S: Antara basikal lebuh raya, trek dan basikal bukit, mana satu yang paling anda minat?

J: Saya meminati acara basikal bukit. Ia lebih mencabar. Saya sukakan halangan ketika perlumbaan. Ia mengajar saya cara untuk mengawal basikal dengan lebih baik. Biarpun agak bahaya terutama ketika melalui laluan berbukit atau di dalam hutan, tapi itu yang menyeronok­kan dan cabaran paling

menarik.

S: Anda masih muda dan masih bersekolah. Bagaimana anda membahagik­an di antara pelajaran dan latihan?

J: Ayah akan menyusun jadual latihan saya. Apabila waktu sekolah saya akan menjalani latihan pada waktu petang manakala pada Sabtu dan Ahad, saya akan berlatih pagi dan petang. Ada kalanya saya akan bersama ayah menyertai pertanding­an Jambore membabitka­n laluan sejauh 40 kilometer. Itu antara latihan saya.

S: Pada pandangan anda, apakah kelebihan sukan berbasikal ini?

J: Sukan basikal ini mengajar saya menjadi seorang pelumba berdisipli­n dan tidak boleh kenal erti putus asa. Saya perlu terus berusaha untuk menang. Jika hari ini kalah saya perlu belajar daripada kesilapan dan terus berlatih lebih giat. Ayah menjadi tulang belakang saya. Beliau memang garang, tapi saya tahu beliau mahu saya menjadi seorang yang berjaya.

S: Siapa idola anda dalam sukan ini dan mengapa anda memilihnya?

J: Idola saya dalam sukan ini adalah datuk saya. Rosli Abdul Kadir atau lebih dikenali dengan NA Rosli. Beliau seorang pelumba hebat. Datuk saya adalah atlet berbasikal pertama yang layak ke Olimpik. Itu yang menyebabka­n saya amat mengagumi beliau. Jika boleh saya mahu menjadi pelumba yang berjaya sepertinya. Apabila saya menyertai mana-mana pertanding­an, datuk akan ikut bersama untuk memberi sokongan.

 Dorongan ayah bakar semangat Effan kejar

impian menjadi pelumba basikal berjaya

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? EFFAN (kiri) bersama ayahnya Nor Effandy Rosli.
FOTO: OSMAN ADNAN EFFAN (kiri) bersama ayahnya Nor Effandy Rosli.
 ??  ?? EFFAN (kanan) menjalani latihan bersama ayahnya.
EFFAN (kanan) menjalani latihan bersama ayahnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia