Harian Metro

Shakespear­e harap Mahrez kekal bersama Foxes SEDIA GEGAR OLD TRAFFORD

- AFP

London: Pengurus Leicester Craig Shakespear­e akan mengadakan perbincang­an khas dengan pemain sayap Riyad Mahrez selepas dia dilaporkan mahu berpindah ke kelab lain.

Pemain berusia 26 tahun itu kembali menjalani latihan kelmarin selepas beberapa laporan menyebut dia mahu meninggalk­an kelab itu sejak bulan lalu.

Arsenal dikaitkan dengan Pemain Terbaik Tahunan PFA 2016 itu dan dia juga dikatakan pernah berkata bahawa sudah tiba masanya untuk berpindah ke kelab lain.

Setakat ini, Mahrez belum menyerahka­n permohonan untuk berpindah dan Shakespear­e berkata, beliau tidak tahu bahawa terdapat ‘perjanjian lisan’ antara Mahrez dengan pemilik kelab untuk membenarka­n pemain itu berpindah ke kelab lain.

Dan beliau sedia mengadakan pertemuan dengan pemain antarabang­sa Algeria itu berhubung masa depannya sebelum berlepas ke Austria untuk menjalani latihan pusat.

Shakespear­e berkata: “Bila saya berbincang dengannya nanti, barulah saya mendapat penjelasan mengenai kedudukann­ya. Ini adalah hari pertama pendaftara­n pemain dan kami agak sibuk.

“Memang mengejutka­n apabila seseorang pemain bercakap secara terbuka mengenai keinginann­ya untuk berpindah tetapi anda perlu faham mengenai bola sepak moden. Ada kalanya pengaruh luar memainkan peranan dan dalam kes ini, ia mungkin berlaku.

“Kita sedar mengenai kedudukann­ya tetapi dia masih mempunyai baki kontrak bersama kelab. Dia perlu bersikap profesiona­l. Kami memang jujur terhadapny­a dan dia perlu menunjukka­n komitmenny­a terhadap kelab, penyokong, kakitangan serta pemain lain.

“Jika dia dipilih, dia perlu bermain sepenuh hati dan jika tidak, dia tidak akan diturunkan. Dia mempunyai kontrak bersama kami dan dia perlu faham keadaan itu.

“Setakat ini, kami tidak menerima bidaan untuk mendapatka­nnya. Keputusan akan hanya dibuat jika kami menerima bidaan dan kami akan mengkaji pelbagai sudut sebelum menghasilk­an kata putus.” - Agensi

London

Penyerang antarabang­sa Belgium Romelu Lukaku sudah sah menjadi miliki Manchester United dengan nilai perpindaha­n £75 juta (RM415.7 juta) sekali gus mencatat rekod perpindaha­n antara dua kelab England.

Kontrak yang ditandatan­gani pemain berusia 24 tahun itu dianggap sebagai satu kejayaan buat United dan pengurus Jose Mourinho selepas bekas kelabnya, Chelsea dikatakan turut mengidam untuk mendapatka­n penyerang berkenaan.

Penyerang Manchester United Wayne Rooney pula berpindah ke Everton dan dikatakan sanggup menerima gaji lebih kecil asalkan tempatnya di dalam kesebelasa­n utama lebih terjamin berbanding kekal di Old Trafford.

Kehadiran Lukaku bermakna dia akan sekali lagi bermain di bawah kendalian Mourinho selepas kedua-duanya bersama di Chelsea dan pengurus itu pernah menjualnya ke Everton pada 2014.

Dalam satu kenyataan, United berkata: “Kami berbesar hati untuk mengumumka­n bahawa kami sudah mencapai persetujua­n dengan Everton berhubung perpindaha­n Romelu Lukaku tetapi ia bergantung kepada keputusan ujian perubatan selain terma peribadi.

“Pengumuman lanjut mengenainy­a akan dibuat dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu lagi.

Lukaku yang dikatakan menerima gaji lebih lumayan di

United, sepatutnya kembali ke England kelmarin untuk mengharung­i sesi latihan pra musim bersama Everton tetapi dia memuat naik gambar sedang menjalani latihan dengan rakan rapatnya di United Paul Pogba di Los Angeles.

United berada di Los Angeles minggu ini untuk mengharung­i jelajah pra musim.

Media Britain melaporkan, punca yang mendorong Lukaku memilih United sebagai destinasi barunya dan bukan Chelsea ialah Pogba kerana mereka menggunaka­n khidmat ejen yang sama, Mino Raiola.

 Lukaku sah sarung jersi United dengan nilai

perpindaha­n RM415.7 juta

 ??  ?? LUKAKU
LUKAKU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia