Harian Metro

‘BUKAN SAYA CAKAP’

- Agensi

 Verratti tolak dakwaan minat sertai Barca, mohon maaf atas kenyataan tidak tepat ejen

Pemain tengah Paris Saint-Germain Marco Verratti mengambil keputusan untuk menafikan kenyataan yang dibuat ejennya Donato Di Campli mengenai keinginann­ya untuk berpindah ke Barcelona sekali gus menyatakan komitmenny­a untuk terus mewakili kelab berkenaan.

PSG menyiarkan video mengenai pemain antarabang­sa Itali itu yang menafikan kenyataan Di Campli terutamany­a mengenai kritikanny­a terhadap pemilik kelab.

Ia juga kali pertama menyaksika­n Verratti, 24, bercakap secara terbuka mengenai masa depannya selain keinginan untuk berpindah ke Camp Nou, seminggu selepas Di Campli mengeluark­an kenyataan mengenai perkara itu.

“Saya mengharung­i tempoh yang agak sukar sejak beberapa hari lalu,” kata Verratti.

“Saya ada melihat video mengenai kenyataan ejen saya dan apa yang mahu saya katakan ialah ia bukan keluar daripada mulut saya. Saya memohon maaf kepada semua yang terbabit dengan kelab ini, presiden, penyokong dan pemain.

“Saya gembira di sini dan kami

akan kembali menjalani latihan. Saya seronok dapat turun bermain semula. Saya yakin kelab percaya dengan saya dan sekali lagi saya memohon maaf.

“Saya tidak mahu bercakap banyak kerana saya menghormat­i Paris Saint-Germain. Saya menjadi seperti hari ini disebabkan kelab dan saya perlu berterima kasih kepada mereka.

“Ia bukanlah kata-kata saya dan beliau (Di Campli) membuat kesilapan besar. Saya harap ia tidak berlaku lagi. Semua orang mahu menumpukan perhatian kepada tugas masing-masing, begitu juga saya.”

Verratti melaporkan diri untuk menjalani latihan di PSG tiga hari lebih awal berbanding jadual asal.

 ?? Marco Verratti ?? VERRATTI Ia bukanlah kata-kata saya dan beliau
(Di Campli) membuat kesilapan besar. Saya harap ia tidak berlaku lagi. Semua orang mahu menumpukan perhatian kepada tugas masing-masing, begitu juga saya”
Marco Verratti VERRATTI Ia bukanlah kata-kata saya dan beliau (Di Campli) membuat kesilapan besar. Saya harap ia tidak berlaku lagi. Semua orang mahu menumpukan perhatian kepada tugas masing-masing, begitu juga saya”
 ??  ?? DI CAMPLI
DI CAMPLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia