Harian Metro

Asri terkilan pemain gagal manfaat peluang

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: “Pemain mensia-siakan peluang walaupun kemenangan yang dicari sudah hampir dalam genggaman,” kata pengendali Negeri Sembilan Asri Ninggal selepas skuad bimbingann­ya sekadar meraih satu mata apabila seri dengan T-Team.

Dalam aksi kedua saingan Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam kelmarin, skuad Hobin Jang Hobin terikat 3-3 dengan The Titans.

Asri mengaku terkilan dengan kesilapan pemain apabila mereka hilang fokus dan rentak persembaha­n terutama pada babak kedua.

“Pemain mungkin berasa cepat selesa selepas berjaya mendahului lawan 2-0 hingga membuatkan mereka hilang fokus dan rentak permainan. “Kesilapan itu digunakan dengan baik oleh pemain T-Team apabila mereka berjaya menjaringk­an dua gol sebelum gol ketiga pada minit terakhir perlawanan.

“Biarpun kita berjaya berada di depan dua kali selepas gol ketiga dijaringka­n Farderin Kadir, tapi kesilapan demi kesilapan dilakukan bahagian benteng mengakibat­kan kemenangan yang hampir berada dalam genggaman, terlepas,” katanya semalam.

Asri menolak perubahan yang dilakukan di bahagian benteng dengan tidak menurunkan kapten Mohd Nasriq Baharom sebagai punca.

“Saya tidak menurunkan Nasriq untuk beri peluang kepada pemain lain berikutan jadual perlawanan yang agak padat sepanjang bulan ini termasuk saingan Liga Perdana,” katanya.

Beliau berharap keputusan itu memberi pengajaran kepada anak buahnya betapa perlunya mereka fokus untuk tempoh 90 minit dan kembali tingkatkan prestasi bagi memastikan kemenangan diraih pada perlawanan akan datang.

Sementara itu, penolong jurulatih The Titans Mohd Azhari Salim berkata, perubahan taktikal dilakukan jelas memberi kesan positif.

Menurutnya, walaupun ketinggala­n 0-2 tapi pemain berjaya bangkit menjaringk­an gol.

“Saya puas hati dengan persembaha­n pemain malam ini (malam tadi) walaupun sekadar meraih satu mata dan yakin ia mata pembakar semangat selepas kita kecundang kepada PKNP FC pada aksi pertama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia