Harian Metro

MACAM MUDAH

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Hamidin harap skuad Kim Swee mampu mara final

“Keputusan undian itu memungkink­an pasukan kita ke final yang akan berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).”

Itulah pandangan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin

selepas majlis undian Sukan SEA 2017 membabitka­n skuad Bawah 22 (B-22) tahun negara, semalam.

Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama

(gambar)

Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei manakala juara bertahan Thailand mengetuai Kumpulan B bersama-sama Vietnam, Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina.

“Kita berada dalam kumpulan yang mempunyai lima pasukan berbanding kumpulan satu lagi mempunyai enam pasukan. Myanmar dan Singapura mempunyai pasukan yang kuat namun Sukan SEA berlangsun­g di Kuala Lumpur.

“Tiada pilihan, bagi saya sebagai Setiausaha Agung FAM, pasukan ini (kendalian Kim Swee) perlu ke final untuk seluruh peminat tanah air,” katanya.

Jelasnya, tiada petunjuk prestasi utama (KPI) yang diletakkan kerana menerusi perbincang­an dengan Presiden Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Kim Swee hanya perlu membawa pasukan ke tahap maksimum.

Tambah Hamidin, aksi Kumpulan A akan berlangsun­g di Stadium Shah Alam manakala Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang.

“Aksi Kumpulan B pada awalnya dirancang berlangsun­g di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras namun lawatan minggu lalu menyaksika­n ia tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Tiada sebarang masalah pertukaran venue selain kapasiti yang hampir sama,” jelasnya.

Aksi separuh akhir dan akhir bagi merebut ibu segala pingat itu akan hanya berlangsun­g di SNBJ sekiranya Malaysia melepasi peringkat kumpulan dan jika sebaliknya, perlawanan akan diteruskan di Stadium Shah Alam.

Saingan bola sepak akan berlangsun­g dari 14 hingga 29 Ogos.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia