Harian Metro

J FOKUS SEPARUH AKHIR

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

urulatih Bawah 22 (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee

tidak mengambil ringan saingan Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA walaupun ia dilihat lebih baik berbanding Kumpulan B.

Jelasnya, naib juara edisi 2015, Myanmar dan pemenang gangsa, Singapura sudah melakukan persediaan yang baik sambil cabaran Laos serta Brunei tidak boleh dipandang ringan.

(gambar)

“Semua perlawanan adalah penting dan ini pengalaman keempat saya di Sukan SEA. Saya percaya semua sudah mempamerka­n peningkata­n,” kata Kim Swee selepas majlis undian di Kuala Lumpur semalam.

Jelasnya, skuad negara tidak boleh terus memikirkan pingat emas kerana keutamaan adalah persiapan untuk menghadapi temasya itu.

“Kita perlu memikirkan usaha untuk mara ke separuh akhir terlebih dulu,” jelasnya.

Juara bertahan, Thailand dilihat mempunyai tugas lebih berat mempertaha­nkan emas apabila mengetuai Kumpulan B bersama-sama Vietnam, Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan Filipina.

Mengenai aksi persahabat­an menentang Myanmar yang dijadualka­n Khamis depan, Kim Swee menjelaska­n ia akan diteruskan kerana sudah dipersetuj­ui walaupun diundi dalam kumpulan yang sama, malah ia adalah persediaan untuk kelayakan Kejuaraan B-23 AFC penghujung bulan nanti.

Kim Swee pernah membawa Malaysia meraih ibu segala pingat itu di edisi 2011 ketika temasya berlangsun­g di Indonesia.

 Kim Swee tak pandang ringan semua aksi

Kumpulan A

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia