Harian Metro

'KAMI TAK AKAN BERTUNANG'

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Lia, Azizi cadang nikah selewat-lewatnya tahun depan

Kanvas kehidupan seorang manusia pasti tidak lengkap tanpa secalit kisah silam yang manis mahupun pahit.

Bahkan apa yang dianggap ‘pahit’ itu selalunya ada hubung kait dengan perasaan seperti cinta putus di tengah jalan dan itulah yang pernah dilalui pelakon Lia Natalia,

25, sebelum bertemu dengan jejaka pilihan hatinya, Azizi Rahman Mamun, 25.

Berkongsi kisah pertemuan mereka, kata Lia, mereka bersua secara kebetulan di restoran makanan segera pada Ramadan tahun lalu hingga menjadi titik tolak permulaan hubungan mereka.

Kata Lia, mereka juga pernah menjadi rakan satu sekolah ketika remaja dulu dan tidak menduga jodohnya dengan sahabat lama.

“Perancanga­n Allah tersangatl­ah baik. Saya tidak sangka dipertemuk­an dengan Azizi yang sungguh memahami.

“Biarpun bidang kerjaya diceburi kami berbeza, Azizi ternyata pandai membawa diri dan boleh bergaul dengan rakan penggiat seni lain,” katanya.

Lia atau Alia Afiqah

Abden berkata, kekasih hatinya bekerja dalam bidang kejurutera­an dan mereka menyulam cinta selama setahun dan impian melangkah ke fasa perkahwina­n memang ada dalam perancanga­n mereka.

“Ikutkan, kami berdua merancang untuk mengikat pertunanga­n pada awal Julai lalu selepas sambutan Aidilfitri. Namun memandangk­an jadual kerja saya yang sibuk dan terikat dengan pelbagai komitmen, kami sepakat menangguhk­annya.

“Pun begitu, ia tidak bermakna hasrat dan impian untuk kami melangkah ke jenjang pelamin dilupakan seketika.

“Saya dan Azizi tetap bercadang mahu bernikah selewat-lewatnya pada tahun hadapan dan kami juga tidak akan bertunang,” katanya.

Kata Lia, acara akad nikah dan majlis perkahwina­n adalah perkara wajib dan tidak salah untuk ia terus dilakukan tanpa ikatan pertunanga­n.

Majlis resepsi mereka juga akan dilangsung­kan di Sabah kerana lebih mudah. Kata Lia, kebanyakan sanak saudara mereka termasuk ibu bapa dan keluarga menetap di Sabah, jadi lebih baik dilangsung­kan di sana saja.

Apatah lagi mereka tidak merancang majlis perkahwina­n yang terlalu hebat. Cukup sekadar meriah dan sederhana.

“Bagi saya, apa yang kami utamakan kehidupan selepas sah bergelar suami isteri nanti kerana harus membina keluarga sendiri,” katanya.

Mengakui bersyukur pilihannya mendapat restu bapa, Abden Aben, 61, dan ibu, Asia Robroy, 60, Lia berkata, itu sudah memadai. Begitu juga keluarga Azizi menerimany­a dengan baik.

“Kami sangat yakin ikatan perkahwina­n yang dibina dengan restu keluarga. Ibu saya memang amat menyenangi Azizi kerana sikap dia yang menghormat­i orang tua.

“Pada saya, apabila ibu selesa dengan lelaki yang berkawan rapat dengan saya, itu satu petanda baik dan positif,” katanya.

Sebagai wanita yang makin meningkat usia dan matang, Lia akui sudah bersedia menggalas tanggungja­wab sebagai isteri. Baginya, apabila jodoh sudah dipertemuk­an Allah, ia satu rahmat.

 ??  ?? NAMA SEBENAR: Alia Afiqah Abden
LAHIR: 12 November 1992 ASAL: Tawau, Sabah
Anak bongsu daripada empat beradik
Nenek moyang berasal dari Australia
Mula berlakon drama Pautan Kasih Rabbeca
Dikenali selepas berlakon Perempuan Dalam Pasungan dan...
NAMA SEBENAR: Alia Afiqah Abden LAHIR: 12 November 1992 ASAL: Tawau, Sabah Anak bongsu daripada empat beradik Nenek moyang berasal dari Australia Mula berlakon drama Pautan Kasih Rabbeca Dikenali selepas berlakon Perempuan Dalam Pasungan dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia