Harian Metro

Sahkan dulu berita kematian

-

(PPUKM), Cheras pada Rabu lalu.

Apabila ada yang menyebarka­n berita palsu itu di laman sosial, ada pula pihak lain yang tanpa usul periksa terus berkongsi di laman sosial mereka, termasuk pelakon veteran, Fauziah Nawi.

Ini juga bukan kali pertama Fauziah berbuat demikian kerana sebelum ini pernah berkongsi info mengenai kematian penyanyi Zur Eda di FB.

Jumaat lalu menerusi MStar, Fauziah, 64, memohon maaf atas kekhilafan­nya berkongsi info dari pihak ketiga mengenai kematian Saleem di laman sosial Facebook miliknya.

Fauziah mengakui kesilapann­ya tidak membuat semakan terlebih dulu, sebaliknya terus berkongsi di laman sosial. Kesannya, dia dihentam teruk kerana menyebarka­n berita palsu.

Pelakon mesra dengan panggilan ibu di kalangan penggiat seni itu mengakui kejadian kali kedua ini membuatkan dia serik untuk berkongsi sebarang maklumat di laman sosial pada masa akan datang.

Jumaat lalu juga, rombongan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) diketuai Presiden, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin menziarah Saleem di PPUKM. Keadaan penyanyi Suci Dalam Debu itu stabil tetapi sukar untuk bercakap.

Isterinya, Julia Bachok yang sentiasa berada di sisi Saleem mengesahka­n keadaan suaminya stabil, cuma demam panasnya tidak menentu ada turun naik.

Katanya, doktor sebelum ini mengesan ketumbuhan di bawah perut Saleem dan virus penyakit itu merebak ke bahagian paru-paru.

Tekanan darah rendah dan demam tidak menentu disebabkan jangkitan kuman menyebabka­n Saleem diletakkan di bawah jagaan pakar di PPUKM.

Saleem dijangka menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu tetapi terpaksa ditangguhk­an buat sementara waktu disebabkan keadaannya yang agak lemah.

Julia juga akui kecewa dengan berita palsu mengatakan suaminya meninggal dunia sebagaiman­a disebarkan sejak Khamis malam dan pagi Jumaat lalu.

Dia berharap masyarakat tidak mudah percaya dengan berita berbentuk spekulasi yang dikongsi di laman sosial. Katanya, peminat boleh merujuk berita daripada sumber media dipercayai serta Instagram @aku_saleem milik Saleem atau @ ju_saleem miliknya bagi mendapatka­n maklumat sahih.

Sayang sekali kerana sikap tidak bertanggun­gjawab menyebarka­n berita palsu ini bagaikan satu trend dan menjadi kebanggaan pula akhir-akhir ini.

Sebaiknya kita doakan Saleem cepat sembuh dan bukannya sesuka hati menyebarka­n berita yang tidak benar. Bayangkan bagaimana perasaan keluarga mereka apabila berhadapan dengan berita itu. Tidak mustahil apa yang dilakukan hari ini menimpa kepada empunya diri pada masa akan datang.

Sehingga petang Jumaat lalu, Julia berkongsi mengenai keadaan suaminya semakin stabil selepas lima hari dibawah jagaan pakar PPUKM.

Katanya, jika sehari sebelum itu bercakap pun tidak mahu, tetapi hari ini boleh ketawa dan bergurau. Saleem juga tidak demam lagi dan mungkin selepas kesihatann­ya stabil, doktor akan melakukan pembedahan membuang ketumbuhan di bawah perutnya beberapa hari lagi.

Sementara itu keadaan Mus yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HKL Isnin lalu juga makin stabil.

Mus yang mengalami demam panas selama tiga hari, diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor ekoran situasi dirinya yang terlalu lemah, selain bagi membolehka­n keadaannya stabil.

Menurut isterinya, Suraya Bahari, Mus demam panas selama tiga hari dan mendapat rawatan di klinik tetapi dikejarkan ke HKL kira-kira jam 10 pagi Isnin lalu apabila keadaannya makin lemah serta seperti diserang sawan membuatkan mulutnya berbuih.

Katanya, pada mulanya doktor mengesyaki Mus menghidap denggi tapi apabila diperiksa tiada penyakit itu cuma platlet darahnya agak rendah.

Doktor mengatakan terdapat kuman dalam darahnya mungkin berpunca dari pengambila­n ubat yang salah sebelum ini.

Keadaan Mus bertambah stabil selepas dipindahka­n dari HKL ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang pada petang Rabu.

Khamis lalu, doktor mengesahka­n Mus mengalami antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah sehingga menyebabka­n dia menjadi terlalu lemah.

Penyanyi itu perlu menjalani rawatan plasma exchange bagi meningkatk­an sel darah merah dalam badan. Suraya juga meminta mereka yang menziarah suaminya supaya tidak mengambil gambar Mus terlantar sakit.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia