Harian Metro

Cubaan laga Elvina, Mawar

-

Baru saja minggu lalu Selebriti Metro Ahad tampilkan dua bintang baru sedang mencipta nama, Elvina Mohamad dan Mawar Rashid menjadi penghias muka depan.

Sepanjang sesi fotografi dijalankan, tiada masalah timbul yang diadukan teman sekerja Cik

Pang yang ditugaskan menangani dua pelakon muda itu. Segalanya berjalan dengan baik.

Mawar dan Elvina dilihat elok saja bercakap dan memberi kerjasama bagi memastikan foto yang dirakam menarik buat pembaca akhbar kegemaran ramai ini.

Bagaimanap­un barubaru ini ada sumber menyampaik­an kepada Cik Pang bahawa Elvina dan Mawar sebenarnya sedang dalam situasi tidak bagus. Mereka berdua didakwa sedang bergaduh.

Apabila disampaika­n kepada teman Cik Pang, ternganga jugalah mulutnya memandangk­an waktu itu memang tidak nampak kedua-dua artis muda jelita ini sedang bergaduh. Malah tarik muka pun tidak. Bergambar sambil genggam-genggam lengan lagi.

Menurut sumber yang menyampaik­an kepada Cik Pang, punca permusuhan kedua-dua pelakon itu kononnya Elvina menyampaik­an cerita tidak enak membabitka­n Mawar kepada kenalan mereka.

Seperti dalam artikel sebelum ini, Elvina dan Mawar memang mengenali antara satu sama lain tetapi selepas masing-masing menyertai dunia lakonan dan sibuk, kedua-duanya jarang berjumpa.

Hendak jadi cerita, ada kenalan Mawar dan Elvina ini masih berkawan sesama mereka. Disebabkan itu juga ada antara mereka yang menyampai-nyampai cerita sehingga menimbulka­n salah faham antara Mawar dan Elvina.

Mawar dikatakan menyerang Elvina atas aduan dibuat seorang teman mereka yang kononnya Elvina memburukka­n Mawar.

Jelas teman itu, mujur ada pihak yang menyabarka­n kedua-dua pihak sehingga pertengkar­an tidak berpanjang­an. Selepas berbincang, sedarlah ada rakan cuba melaga-lagakan mereka.

Mujur juga kata teman itu, mereka dapat menyelesai­kan masalah yang timbul dan tahulah siapa dalang menabur fitnah mahu melihat Mawar dan Elvina bergaduh.

Cik Pang bukannya apa, risau juga kalau masalah ditimbulka­n orang tidak bertanggun­gjawab ini membuatkan permusuhan antara Mawar dan Elvina.

Khabarnya, mereka akan ditemukan dalam satu drama bersiri tidak lama lagi. Rasanya tidak ada masalah untuk mereka berdua kerana semuanya sudah selesai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia