Harian Metro

Ada ke juara sertai AF All Star?

-

Perancanga­n untuk menghimpun­kan bekas juara Akademi Fantasia dari musim pertama hingga 13 dikatakan bakal dilaksanak­an Ogos ini.

Kalau tak salah Cik Pang, sudah lama perancanga­n dibuat, malah dua tahun lalu tetapi perkara itu tidak dapat direalisas­ikan kerana mendapat sambutan dingin bekas juara AF sedia ada.

Nampaknya pihak penerbitan program mendapat idea baru apabila untuk All Stars bakal menghimpun­kan bukan juara saja tetapi semua peserta yang pernah menyertai AF.

Ini dilakukan bagi mengimbang­i juara yang memutuskan tidak mahu menyertai All Stars kerana sudah selesa dengan kedudukan sekarang dan berasakan tidak perlu lagi hendak bertanding.

Cik Pang ada juga nampak gambar yang dimuat naik di laman sosial oleh beberapa peserta AF sebelum ini yang menghadiri sesi uji bakat khas yang dijalankan tetapi tidak pula Cik Pang nampak kelibat juaranya.

Atau sebenarnya juara program setiap musim kalau mahu menyertai tidak perlu datang uji bakat dengan alasan mereka juara mengapa perlu diuji bakat lagi.

Kalau itu tanggapann­ya, Cik Pang setuju juga.

Laluan mudah harus diberikan kepada juara jika mereka mahu menyertai. Takkan mahu diuji bakat lagi, mereka seharusnya diserapkan terus.

Cik Pang rasa ada enam tempat diberikan kepada juara terdahulu dan enam lagi kepada mereka yang dirasakan layak dan berjaya dalam uji bakat.

Kita nampak ada peserta yang memang bagus suaranya tetapi bukan juara mempunyai peluang besar termasukla­h Bob, Zarina Zainordin dan Azizi dari musim pertama.

Cik Pang tidak sabar hendak melihat siapakah juara AF dari musim pertama hingga 13 ini yang berani mempertaru­hkan kembali bakat mereka.

Mampukah bekas peserta menewaskan juara terdahulu untuk musim All Star ini. Sama-sama kita tunggu dan saksikan.

 ??  ?? BOB
BOB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia