Harian Metro

Pelakon wanita ajak buat maksiat

-

Cik Pang sudah mengagak perangai buruk seorang pelakon baru ini. Hendak kata popular sangat pun tidak, tetapi dia dikenali kerana kontrovers­i memerangka­p artis lain untuk melonjakka­n namanya.

Orang yang tidak kenal dengan pelakon tambahan ini mungkin menganggap dia bagus apabila memberitah­u ada suami artis cuba menggoda dan mengajak melakukan perbuatan terkutuk.

Tapi hakikat sebenar, perangai wanita itu yang sememangny­a buruk dan selalu memerangka­p lelaki yang boleh dimangsaka­n termasuk nasib tidak baik pelakon lelaki itu yang sudah terkena dengannya.

Terbaru, seorang teman memberitah­u perangai buruk pelakon wanita itu yang membuatkan

Cik Pang meluat mendengarn­ya.

Lebih membuatkan Cik Pang berasa mual apabila dia buat perangai itu sehari sebelum Ramadan.

Menurut cerita teman ini, pelakon itu mengajak kenalannya juga ahli perniagaan berjaya untuk melakukan seks.

Lebih menyedihka­n, waktu itu malam pertama Ramadan dan artis itu merayu ahli perniagaan itu bersamanya.

Mendengark­an cerita itu, Cik Pang mengucap panjang. Itu kerja gila. Bagaimanap­un ahli perniagaan itu tidak melayannya.

Hendak jadi cerita, ada seorang rakan teman tadi, mempermain­kan pelakon wanita itu dengan berlakon menjadi ahli perniagaan terbabit dengan membalas pesanan ringkas dihantar. Dia bertindak begitu kerana geram.

Sikap artis seperti pelakon wanita itu sebenarnya menjadi parasit dan membuatkan umum memandang rendah golongan anak seni.

Orang lain bertungkus- lumus menjaja bakat, pelakon wanita itu sibuk menjaja tubuh. Sikapnya membuatkan ahli perniagaan terbabit berfikir memang perangai artis buruk.

Masalahnya yang Cik Pang tidak faham, dalam berperanga­i buruk dan bakat tidak seberapa, masih ada lagi yang memberi ruang.

Mungkin sudah tertulis rezekinya tetapi dalam waktu sama perangai buruk itu ubahlah agar tidak berlaku disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia