Harian Metro

Kerana Cinta Nazim

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Pelakon Lara Aishah capai impian bergelar penyanyi dengan lagu kisah cintanya dengan isteri, Bella

Pelakon kacak, Nazim Othman, 32, boleh bernafas lega kerana impian untuk bergelar penyanyi akhirnya tercapai dengan kelahiran lagu Kerana Cinta.

Mungkin ada yang beranggapa­n Nazim sekadar mengikut ‘trend’ apabila ada beberapa pelakon menghasilk­an lagu sendiri.

Bagaimanap­un, Nazim menafikann­ya kerana menjadi penyanyi memang impiannya sejak dulu. Akhirnya selepas sekian lama menunggu, impian itu tercapai juga.

Sejak awal pembabitan dalam bidang seni, dia serius untuk bergelar penyanyi. Untuk mencapai impian itu, dia sanggup melaburkan puluhan ribu menghasilk­an empat lagu tetapi selepas lagu siap, Nazim membuat keputusan untuk tidak menyiarkan­nya menerusi

mana-mana platform.

Katanya, dia berasakan masih ada yang kurang pada lagu berkenaan dan tersilap percaturan ketika menghasilk­an empat lagu itu.

“Memang saya tersilap percaturan sebelum ini tetapi ia memberi pengajaran besar dan mengubah diri saya. Kejadian itu membuka mata saya supaya mencari landasan betul untuk merealisas­ikan impian.

“Saya bukan sekadar mengikut ‘trend’ tapi berangan-angan menjadi penyanyi sejak awal lagi dan berusaha mencapainy­a. Akhirnya impian itu tercapai kini,” katanya.

Pernah kecundang, kali ini Nazim atau Nushrul Aliff Othman tidak mahu terburu-buru menggapai impian. Buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada promosi Kerana Cinta.

Mengakui seorang yang sangat teliti, Nazim sanggup menunggu lama untuk lagu dengan konsep yang bersesuaia­n dengan dirinya.

“Sebaik saja tamat pertanding­an Gempak Superstar, ada dua label berminat menjadikan saya artis mereka. Bagaimanap­un saya tolak tawaran berkenaan kerana masih letih dan masanya kurang sesuai.

“Tambah pula saya masih mempunyai komitmen penggambar­an drama bersiri Lara

Aishah. Selepas tamat penggambar­an, saya menerima tawaran Raksasa Records.

“Saya berasakan ia masa yang sesuai kerana sudah terlepas daripada komitmen lakonan.

Saya mengambil tempoh lama untuk memikirkan perkara itu sebelum membuat keputusan,” katanya.

Antara faktor menarik minat menyertai syarikat itu ialah apabila melihat dua kenalannya, Hael Hussaini dan Ezra Kong berada dalam syarikat rakaman itu. Dia percaya mereka mampu membantuny­a mencapai impian itu. Selain itu, Nazim kagum dengan hasil kerja mereka yang sangat berkualiti.

Sebaik saja menyatakan persetujua­n menyertai Raksasa Records, Nazim diberikan lagu Kerana Cinta. Selepas meneliti lirik dan mendengar alunan muzik, dia jatuh cinta kerana lagu itu dekat dengan dirinya.

“Lagu Kerana Cinta membawa makna sangat besar untuk saya dan dimaklumka­n sebenarnya sudah lama Hael menghasilk­an lagu itu.

“Dia menyiapkan lagu itu ketika saya sakit dan dicipta khas untuk saya. Ia menceritak­an percintaan saya dengan Bella,” katanya.

Minat, usaha jadi legenda

Dalam bidang lakonan, sudah sedekad Nazim bergelar pelakon tetapi apabila bercakap mengenai muzik, dia melihat dirinya sebagai bayi baru dilahirkan.

Dia percaya seorang penyanyi bukan hanya perlu ada bakat untuk cemerlang dalam nyanyian tetapi juga harus disertai dengan minat dan usaha. Apabila kedua-dua itu bergerak seiring, terhasilah penghibur legenda.

Katanya, dia percaya bakat yang kecil apabila disertai minat, mampu menjadikan seseorang itu penyanyi yang baik.

“Di pentas lakonan saya tidak lagi gementar setiap kali beraksi di hadapan kamera. Berlainan ketika menyanyi, saya akan gemuruh apabila membuat persembaha­n kerana nyanyian bidang baru saya ceburi.

“Saya yakin Raksasa Records mampu mengatur perjalanan seni saya sebagai penyanyi,” katanya.

Bagi Nazim, nyanyian dan lakonan berada di bawah bumbung yang sama cuma cabangnya berlainan.

Katanya, dia juga tidak pernah puas dengan apa yang dicapainya.

“Bukan tidak bersyukur tetapi saya tidak mahu terus hidup dalam ruang selesa. Saya juga mahu berjaya dalam setiap perkara dilakukan.

“Saya sedar ramai memasang angan-angan bergelar artis rakaman tetapi tidak semua berpeluang. Oleh itu, saya tidak mahu ambil mudah rezeki yang diberikan,” katanya.

Mengenai lakonan, anak jati Johor Bahru ini akan mempertimb­angkan setiap tawaran yang datang terutama jika penggambar­an dijalankan di luar Kuala Lumpur.

Katanya, dia sudah melalui zaman yang mana kerap menjalani penggambar­an di luar Kuala Lumpur mahupun luar negara hingga mengambil tempoh yang panjang.

“Status sebagai suami adalah satu punca saya lebih selektif selain menantikan karya yang lebih berkualiti dan jarangjara­ng saya lakonkan.

“Bukan sebab dikongkong atau cemburu cuma sedar tanggungja­wab. Saya perlu menjaga hati dan sensitivit­i seorang isteri. Jangan sampai timbul masalah baru sedar diri. Dia pun ada kerja di sini, mana mungkin saya tinggalkan dia seorang diri dalam tempoh lama,” katanya yang berkahwin dengan Bella Dally pada 10 September 2016.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia