Harian Metro

Selesa dalam potongan empire

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Memenuhi jemputan menghadiri rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri, sudah tentu busana yang lebih selesa menjadi pilihan.

Seharian menziarah memenuhi beberapa jemputan dan menikmati pelbagai hidangan, potongan baju yang tidak terlalu ketat dan mudah untuk bergerak sangat disarankan.

Pastinya busana sedikit besar seperti potongan empire yang digayakan beberapa selebriti popular dan jelita ini boleh dijadikan contoh.

Potongan sedikit lebar dari bawah dada hingga ke pinggang juga membantu untuk menyembuny­ikan perut penuh kerana menikmati hidangan istimewa di majlis rumah terbuka.

Baju potongan empire pilihan Ayda Jebat dan

Mira Filzah mempunyai persamaan cuma berbeza warna. Cerut di pergelanga­n tangan juga memberi keselesaan dikala menyenduk makanan.

Cetakan ala songket bunga tabur di bahagian dada dan lengan baju dipakai menjadi gaya dua artis popular ini nampak agak eksklusif.

Potongan empire juga oleh dihiasi dengan renda seperti baju yang digayakan pengacara Pop TV, Nana Mahazan dan pelakon Intan Ladyana.

Nana selesa memilih baju warna pastel dengan hiasan renda potongan paras dada, sedikit hiasan pada bahagian kanan renda menjadi titik tumpu pada keseluruha­n gaya.

Fabrik bunga menjadi pilihan Intan Ladyana dan ilusi beralun membuatkan gaya pelakon jelita ini tampak anggun apabila baju potongan empire ini dihasilkan daripada fabrik lembut.

Memilih fabrik kain sari, baju potongan empire warna hitam ini dapat menyembuny­ikan susuk tubuh. Pastinya hijab warna jingga yang disarung selari warna hiasan di kaki kain membuatkan penampilan Anis Al-Idrus begitu menyerlah.

 ??  ?? NANA MANAZAN
NANA MANAZAN
 ??  ?? MIRA FILZAH
MIRA FILZAH
 ??  ?? ANIS AL-IDRUS
ANIS AL-IDRUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia