Harian Metro

Lupakan kisah silam

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Siti Fazurina mahu kembali bintangi drama, filem tempatan

Agak lama pelakon Siti Fazurina, 35, menyepi daripada dunia seni garagara mahu mengelak kontrovers­i pernikahan­nya bersama Mohamad Hykal Zulkifli yang tidak direstui keluarga pada 2013.

Ketika ditemui barubaru ini, Fazurina atau

Siti Fazurina Mohd Famir mengakui menyesal dengan tindakanny­a kerana ia memberi kesan kepada kerjaya seninya.

Pelakon diperkenal­kan menerusi drama sitkom Puteri berganding dengan Nora Danish hampir 13 tahun lalu mengakui bimbang jika isu peribadi terus diperkatak­an memberi kesan kepada perjalanan kerjayanya.

Katanya, sebelum itu kerjaya lakonannya tiada masalah dan dia antara barisan dramatis diminati ramai serta menjadi pilihan kebanyakan produksi drama dan filem untuk memegang watak utama.

Antara drama yang berjaya mengangkat namanya ialah Dunia Anita, Misi Betty, Biarlah Rahsia dan Trilogi Cinta. Fazurina juga sempat membintang­i filem Senario XX, Estet dan Baik Giler.

Menurut Fazurina, dia berbuat demikian dengan tidak memberi sebarang kenyataan untuk menghentik­an segala cerita buruk dan waktu sama menjaga hati serta perasaan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Sekiranya masalah itu membabitka­n orang luar, saya masih lagi boleh mendepanin­ya tetapi apabila ia membabitka­n keluarga dan melukakan hati mereka, pada saya biarlah saya berdiam diri.

“Saya mahu tutup buku dan sebaik mungkin tidak mahu ia diperbesar­besarkan,” katanya.

Sepanjang tempoh lima tahun selepas bernikah, Fazurina menegaskan dia tidak pernah meninggalk­an dunia seni kerana ada beberapa tawaran diterima, cuma dia cuba mengelak bertemu media.

“Saya masih berlakon tetapi untuk berhadapan dengan media mungkin cuba saya elak. Rasa rindu pada lakonan sentiasa ada cuma apabila saya berdiam diri, perlahan-lahan nama saya mula dilupakan.

“Semangat saya kembali berkobar-kobar mahu kembali beraksi selepas menghasilk­an skrip, mengarahka­n dan melakonkan sendiri teater Dara ke Janda yang dipentaska­n di beberapa negeri di utara tanah air.

“Sepanjang tahun lalu, teater Dara Atau Janda dipentaska­n di Pulau Pinang kemudian dibawa ke Kedah dan akhir sekali dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak, mementaska­n karya saya itu di sana,” katanya.

Sambutan dan kejayaan menerusi Dara Atau Janda membuatkan Fazurina kembali berfikir mengenai kerjaya seninya. Bisik hatinya, Allah memberikan bakat kepadanya mengapa ia tidak digunakan.

“Kata hati saya waktu itu, kalau apa yang saya buat ini diterima dan dihargai mengapa tidak saya kembali keluar dan buat kemunculan semula. Pasti ada sebab mengapa Allah mendorong saya menghasilk­an Dara Atau Janda sehingga ia mendapat sambutan. Mungkin inilah jalan rezeki untuk saya,” katanya.

Langkah Fazurina untuk menempatka­n kembali dirinya dalam industri lakonan bermula dengan menghasilk­an beberapa usul sinopsis skrip drama dan diedarkan kepada syarikat produksi untuk diterbitka­n.

Katanya, ramai terkejut apabila dia menghantar sinopsis skrip kepada beberapa kenalan produksi dan ternyata rezekinya apabila sinopsis yang dihantar diterima stesen TV.

“Apabila diterima, mereka sendiri mahu saya berlakon dalam drama yang saya hasilkan itu. Antaranya ada yang sudah disiarkan awal Syawal baru-baru ini, Huru Hara Raya.

“Daripada situ tawaran berlakon mula datang dan saya baru saja selesai menjalani penggambar­an drama bersiri 13 episod,

Miss Kaptern Cikgu

Waiz memegang watak

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia