Harian Metro

Beri impak muzik Malaysia

- Amirul Hasw endy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Katahati giat promosi lagu Takkan Pernah Jauh

Bag iyang pernah menonton video kempen Ramadan dan Syawal True Love oleh selebriti jelita, Neelofa dan penampilan istimewa pelakon popular Indonesia, Miller Khan mereka pasti menyukai lagu yang melatari kempen itu.

Lagu True Love itu adalah nyanyian Katahati, kumpulan duo dianggotai Ramadhani Atmadja (Dhani) dan Arie Sapta Hernawan (Arie).

Sebelum itu, lagu Wahai Kekasih yang pernah melatari drama bersiri popular Surihati Mr Pilot turut menjadi siulan peminat drama itu.

Kesempatan bertemu dengan dua jejaka berasal dari Bogor, Indonesia ini nyata mendapati mereka merendah diri tetapi mempunyai impak tersendiri dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia.

Katahati ditubuhkan pada 2014 di Indonesia dan mula datang ke Malaysia pada tahun itu untuk satu projek khas.

Arie atau lebih dikenali Ari Bias di Indonesia bergabung dengan Dhani sejak 2009 melalui kerjasama di studio rakaman.

Kata Arie, sebelum ini pendengar tempatan hanya mengenali lagu mereka tetapi tidak penyanyiny­a dan kesempatan datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini disifatkan sebagai salam perkenalan.

Dalam Katahati, Arie bertindak sebagai produser dan pemain keyboard manakala Dhani penyanyi.

Di negaranya, Arie popular melalui lagu ciptaannya seperti Matahariku dan Bilang Saja nyanyian Agnes Monica dan Ku Tak Sanggup nyanyian Kris Dayanti.

Mengenai bagaimana langkah Katahati ke Malaysia bermula, Arie akui takdir menemukan lagu nyanyian mereka dengan Pengarah Urusan Indigital Music, Poji Samad.

Katanya, Poji mendengar lagu nyanyian mereka yang diberikan seorang rakan sekitar 2013 dan waktu itu Poji sendiri tidak mengenali mereka (Katahati) melainkan nama Ari Bias.

“Poji melalui wakilnya di Indonesia menjejaki kami dan bermulalah kerjasama yang mencipta sejarah buat kami,” katanya.

Arie akui tidak pernah bertemu dengan Poji sebelum ini tetapi banyak berhubung melalui e-mel dan panggilan telefon sahaja. Mereka berbual mengenai situasi muzik di Malaysia.

“Selepas berbincang dengan lanjut, kami akhirnya bersetuju dan terus menandatan­gani kontrak untuk lima lagu single,” katanya.

Arie berkata, selama ini mereka tidak pernah mengikat kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman baik di Indonesia atau Malaysia kerana lebih gemar untuk berkarya dengan bebas tanpa perlu mengikut telunjuk sesiapa.

Bagaimanap­un katanya, Indigital berjaya meyakinkan mereka melalui hasil kerja serta sikap profesiona­l dalam industri muzik Malaysia sebelum ini.

“Lagu dihasilkan Katahati berdasarka­n projek khas sahaja yakni menghasilk­an lagu untuk pasaran Malaysia,” katanya.

Mengenai lagu True Love, ia projek bersama Neelofa dan Aizat Amdan. Aizat bertindak sebagai komposer dan Anas (adik Aizat) pula sebagai produser muzik.

Malah Neelofa sendiri meminati lagu mereka manakala Aizat pula mempunyai kriteria tersendiri untuk menghasilk­an lagu itu.

“Kami bangga sebab dapat bekerja sama dengan Neelofa. Pada awalnya agak terkejut dengan tawaran itu dan selepas melihat sendiri respons pendengar, kami lebih gembira.

“Kami tidak mengenali Aizat dan Anas sebelum ini tetapi banyak berhubung melalui WhatsApp sahaja untuk projek ini,” kata Adie gembira dengan kerjasama yang terhasil.

Arie dan Dhani tanpa berselindu­ng mengharapk­an anugerah pada hasil kerja keras mereka selama ini.

Mereka berada di Malaysia selama empat hari pada Mei lalu dan akan kembali ke sini pada September depan bagi meneruskan projek baru pula.

Selain lagu True Love dan Wahai Kekasih, Katahati juga sedang mempromosi lagu Takkan Pernah Jauh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia