Harian Metro

Tunggu saat sesuai

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Sering dilihat bersama membuatkan ramai membuat telahan penyanyi sedang mencipta nama di Indonesia, Hazman dan pengacara juga pelakon, Tiaz Al-Khred kini hangat dilamun cinta.

Tambah pula kebelakang­an ini, Tiaz kerap membantu membuat janji temu bersama media untuk Hazman yang kebetulan pulang ke tanah air bagi menyambut Ramadan dan Syawal di sini.

Sewaktu ditemui, pasangan itu tersipu malu tetapi tidak menyembuny­ikan keakraban yang mula terjalin antara mereka sejak setahun lalu.

Tiaz yang juga pemenang Artis Harapan Pantene pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) berkata, dia cuba membantu Hazman membabitka­n janji temu dengan media memandangk­an dia tidak lagi bernaung bawah syarikat rakaman Suria Records (SRC) dan kontraknya tamat, barubaru ini.

Katanya, ramai teman media mahu bertemu Hazman selepas dia terbabit dengan program pertanding­an nyanyian lagu dangdut dan Irama Malaysia popular negara sebarang, D’ Academy

Asia.

“Sewaktu menyertai D’Academy Asia, Hazman berjaya menempatka­n diri dalam 10 peserta terbaik dan kemunculan­nya juga membuatkan dia dikenali dan ditawarkan berlakon di sana.

Tiaz dan Hazman sama-sama sibuk untuk fikir soal pernikahan

dalam waktu terdekat

“Hazman juga pernah membintang­i telefilem di sana antaranya Aku Butuh Maaf Anakku dan Jodoh Di Tangan Ilahi memegang watak utama,” katanya.

Mengenai hubungan mereka, Tiaz atau Sharifah Zakiah Syed Hashim Al-Khred berkata, perkenalan mereka berdua diatur rakan jurusolek. Kebetulan kedua-duanya menggunaka­n khidmat orang yang sama.

“Sewaktu menghadiri satu majlis amal, kami berdua diundang dan rakan jurusolek memperkena­lkan kami. Namun saya tidak ambil endah sebab tahu yang saya sedang cuba dipasang-pasangkan dengan Hazman. Jujur, saya tidak rasa selesa ketika itu.

“Sebelum pulang, kami sempat bergambar dan pembantu peribadi Hazman meminta saya gambar yang dirakam. Sejak itu kami selalu berbalas mesej dan mula berkawan rapat,” katanya.

Kata Tiaz, selepas hampir enam bulan berkenalan baru mereka meluahkan rasa hati. Tambah pula, usia mereka hampir mencecah 30 dirasakan lebih baik sekiranya memikirkan hubungan dibawa ke peringkat seterusnya.

“Keluarga juga mengetahui hubungan kami, cuma untuk fikir soal nikah dan kahwin dalam waktu terdekat belum lagi. Perancanga­n itu memang ada tapi saya serahkan sepenuhnya kepada jodoh. Moga peminat mendoakan yang baik buat kami,” katanya.

Tiaz yang kini pengacara program MBuzz yang disiarkan TV3

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia