Harian Metro

Woo Bin hidap kanser

Pengarah filem Wiretap hentikan penggambar­an beri ruang pelakon utama jalani rawatan

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Selebriti popular Kim Woo

Bin terpaksa ketepikan segala komitmen akan datang termasuk penggambar­an filem baru, Wiretap kerana perlu fokus pada rawatan kesihatan.

Pada awal Mei lalu, Woo Bin mendedahka­n dia disahkan menghidap sejenis kanser tahap satu. Dia dilaporkan menghidap kanser nasopharyn­ngeal iaitu sejenis kanser pelik yang menyerang bahagian di antara kepala dan leher.

Agensi mewakili selebriti itu, Sidus HQ mengatakan, artis mereka itu sudah menjalani rawatan kesihatan termasuk pengambila­n ubat serta terapi radiasi untuk mengubati penyakit itu.

Menariknya, pengarah Wiretap, Choi Dong Hoon, mengambil keputusan untuk menghentik­an aktiviti penggambar­an filem itu buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada Woo Bin menjalani rawatan sehingga pulih.

Biarpun pengarah boleh sahaja menggantik­an pelakon lain, dia terkejut selepas mendapat tahu keadaan kesihatan Woo Bin dan bersetuju untuk mengutamak­an rawatan pelakon utamanya itu.

Laporan media All Kpop pula melaporkan, Woo Bin kini berehat dan fokus sepenuhnya pada rawatan berkaitan.

Pada awalnya, Woo Bin tidak mahu menjadi beban buat filem yang sedang dihasilkan lantas mahu meneruskan penggambar­an seperti dijadualka­n. Bagaimanap­un, produser mendesakny­a fokus pada rawatan terlebih dahulu.

Doktor merawat Woo Bin, Dr Jung Yoo Seok mendedahka­n selebriti itu akan menjalani rawatan radiasi pelbagai jenis dan perubatan tanpa membabitke­n pembedahan kerana lokasi luar biasa kedudukan sel kansernya itu.

Doktor juga menjelaska­n peluang untuk selebriti itu sembuh sekitar 70 peratus kerana penyakit itu berjaya ditemui pada peringkat awal.

Dalam pada itu, teman wanita Woo Bin, Min Ah memainkan peranan sempurna sebagai teman wanita. Min Ah dikatakan sering menemani pelakon drama Heirs itu pada setiap sesi rawatan.

Disebabkan itu, pasangan selebriti itu sering menjadi tumpuan di hospital tempat Woo Bin menjalani rawatan.

Imbas kembali, keduadua selebriti itu bertemu pada satu majlis fesyen dan mula keluar secara umum sejak

2015. Wakil rasmi mereka dilaporkan berkata, setiap kali Woo Bin pergi ke hospital untuk menjalani rawatan, Shin Min Ae (Min Ah) turut menarik perhatian ramai.

“Ia hospital umum dan sudah pasti ramai pelawat serta pesakit keluar masuk. Sebab itulah kehadiran mereka di situ sering jadi tumpuan.

“Biarpun terpaksa lalui banyak perkara pada masa ini, pasangan itu tetap menguntumk­an senyuman di wajah masing-masing,” kata wakil itu.

Dalam perkembang­an lain, bulan lalu, sekeping foto Woo Bin dimuat naik ke akaun laman sosial Instagram yang mendakwa milik selebriti itu. Sebaik saja perkara itu diketahui pihak agensi mewakili Woo Bin, mereka segera menafikann­ya.

“Untuk pengetahua­n, Woo Bin tidak mempunyai akaun laman sosial. Foto yang dimuat naik ke akaun itu adalah satu daripada beratus foto yang pernah diambil tidak lama dulu.

“Pihak kami sudah banyak kali menegaskan, akaun laman sosial itu bukan milik Woo Bin tetapi laporan berita mengenai isu itu sering timbul. Pihak kami akan mengatasi isu ini,” kata wakil Sidus HQ.

Isu kemunculan akaun laman sosial palsu itu mendapat perhatian peminat setia model bertukar pelakon itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia