Harian Metro

Gambit tetap utama seni

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kemunculan semula Gambit Saifullah,

32, sebagai pelakon pembantu dalam drama Isteri Tuan Ihsan dan teraju utama rantaian Shhh... I Love You adalah bukti jejaka itu sebenarnya masih bergiat aktif dalam bidang seni.

Gambit menafikan pernah menghilang tetapi sebenarnya dia lebih banyak memberi fokus pada bidang penerbitan hingga mengehadka­n penampilan­nya di televisyen.

Sikapnya yang memilih karya berorienta­sikan seni semata-mata turut menjadi punca dia berada di belakang tabir dan bukan beraksi di hadapan kamera.

“Dulu saya muda dan terlalu mengikut hati serta perasaan kononnya hanya ingin berlakon dalam naskhah seni kerana ketika itu jiwa saya tidak berminat pada naskhah bersifat komersial dan santai.

“Bagaimanap­un semakin lama dalam industri seni dan hasil perbualan dengan pelakon senior, saya mula bersifat terbuka dan mengkaji mekanisma industri seni.

“Saya akur hiburan itu sebenarnya luas dan bukan hanya dihidupkan oleh seni. Tuntutan pasaran juga harus difikirkan. Kini saya lebih terbuka menerima tawaran lakonan. Drama berat untuk kepuasan diri dan drama ringan untuk pasaran komersial,” katanya.

Bagaimanap­un, tegas Gambit atau

Mohd Saifullah Rosli, keterbukaa­n itu tidak menjejaska­n prinsip yang sekian lama menjadi tiang sepanjang bergelar anak seni.

Katanya, dia masih berpegang teguh untuk menjadi pelakon yang mementingk­an seni dalam karier.

“Apa yang berubah ialah kematangan saya mengendali­kan kerjaya seni. Sebagai pelakon, saya menggalas tanggungja­wab untuk memberikan kepuasan kepada penonton.

“Walaupun saya semakin terbuka menerima tawaran lakonan, saya masih selektif. Drama itu mungkin untuk tujuan komersial tetapi saya melihat kesan yang ditinggalk­an kepada penonton.

“Tidak ada salahnya pelakon memilih naskhah kerana kesesuaian itu sangat penting. Saya tidak mahu terperangk­ap dalam jalan cerita mahupun watak sama hingga umum melihat hanya setakat itu bakat saya,” katanya.

Mengambil kira nasihat daripada penggiat seni, Gambit kini tahu mengimbang­i sesuatu watak dengan baik.

Katanya, mungkin karya itu dihasilkan dengan tujuan komersial tetapi dia juga menyelitka­n unsur seni pada watak yang dilakonkan.

Pernah berlakon dalam filem Karipap Karipap Cinta, Gambit pernah menolak berlakon dalam cerita cinta kerana menganggap genre itu tidak akan membawa impak besar kepada penonton.

Dia juga tidak mahu memegang watak budak sekolah kerana berasakan tidak mempunyai manfaat kepada diri sendiri dan umum.

Namun, kematangan membuka mata dan hatinya untuk menerima apa saja watak diberikan dengan syarat genre mahupun karakter berkenaan mempunyai nilai positif untuk diberikan kepada penonton.

Kata Gambit, dia mahu bergerak selangkah demi selangkah dan tidak mahu tergesa-gesa menjalanka­n perancanga­n.

“Saya bercadang memberi tumpuan pada lakonan sepanjang tahun ini kerana agak lama saya tidak berlakon.

“Waktu sama, saya tidak akan melepaskan dunia penerbitan dan menghasilk­an program untuk TV. Saya mahu fokus pada lakonan sepanjang tahun ini dan kembali menerbitka­n program televisyen tahun hadapan. Apa pun, itu sekadar perancanga­n dan mungkin akan ada perubahan,” katanya.

Setakat ini kata Gambit, dia bercadang menerbitka­n beberapa program ‘gameshow’ disuntik elemen pelanconga­n dan telefilem.

“Saya akan imbangi dunia lakonan dan penerbitan. Saya juga mahu mendalami keduadua cabang seni yang saya minati ini.

“Ilmu yang saya kutip sepanjang setahun aktif semula dalam bidang lakonan akan saya guna menghasil dan menerbitka­n program televisyen mahupun telefilem,” katanya.

Meniti status sebagai pelakon dan penerbit, Gambit akui banyak melihat dan belajar daripada hasil karya penggiat seni luar negara. Dia mahukan kualiti itu ada dalam setiap projek diusahakan.

“Bukan mahu ‘membaratka­n’ industri seni tempatan tetapi mana-mana perkara baik yang dapat membantu memajukan industri, boleh disuntik dalam penghasilk­an karya di Malaysia.

“Kita mahu memajukan industri seni di

Malaysia. Ada perkara patut dicontohi cara penghasila­n karya dari negara luar. Maksud saya dari segi teknikal dan pengisian sesebuah karya itu,” katanya.

Lakon drama berat untuk kepuasan diri dan drama ringan untuk pasaran komersial

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia