Harian Metro

Raihan dilayan kelas ketiga

-

persembaha­n di negara asing, mereka diiringi dengan persembaha­n secara langsung (live performanc­e) oleh pemuzik. Pemuzik sama ada dibawa sendiri dari Malaysia atau disediakan di negara itu.

“Mereka (penganjur negara asing) sanggup melabur untuk penginapan, makan minum, tiket penerbanga­n bukan saja untuk kami, malah untuk pemuzik termasuk pembantu peribadi, pengarah muzik yang kami perlukan.

“Sebagaiman­a penganjur tempatan sediakan untuk artis negara asing yang buat persembaha­n di sini, seperti itu juga Raihan dilayan oleh penganjur luar negara,” katanya.

Penasyid asal Johor itu akui, hal didedahkan ini bukan perkara baru kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia yang lebih mengagungk­an artis luar negara berbanding artis tempatan sendiri.

Katanya, misi Raihan tidak pernah habis dan sedar ada orang dalam industri berkata, Raihan belum ‘spark’ lagi.

“Hakikatnya, kami sudah membuktika­n penjualan album tertinggi dalam sejarah dan diundang membuat persembaha­n di luar negara.

“Sambutan dan apresiasi pihak luar terhadap Raihan berbeza sebab mereka tiada kumpulan nasyid seperti kami. Kami pula masih menjadi ‘trademark’ pengekspor­t kepada genre baru di luar negara,” katanya.

Abu Bakar akui, ramai salah anggap jemputan Raihan ke luar negara adalah daripada pelajar, wakil atau konsulat Malaysia di negara asing walhal hakikatnya, jemputan itu adalah daripada penganjur di negara itu sendiri.

Sehingga kini, Raihan sudah menjelajah hampir seluruh Eropah terutama Perancis dan United Kingdom. Malah persembaha­n mereka menjangkau ke Afrika, Russia dan Sepanyol.

Mereka juga sudah 10 kali diundang ke Amerika Syarikat (AS) untuk membuat persembaha­n tetapi tidak dapat memenuhi undangan itu kerana isu visa dan situasi semasa yang sering berlaku di sana.

Pada Disember ini, Raihan akan ke Dubai untuk menjayakan persembaha­n serta satu program TV. Selain itu, mereka dalam persiapan untuk terbang ke Kanada membuat persembaha­n sempena Muslim Day, bulan depan.

Raihan juga sekali lagi diberi peluang untuk membuat persembaha­n khas Pelayaran Islamik edisi ke-26 di atas kapal persiaran mewah ke Phuket, Krabi, Aceh dan beberapa lokasi menarik lain.

Enggan terus mengenang nasib Raihan di negara sendiri, mereka bersyukur genre nasyid masih diberi perhatian daripada pihak stesen TV, terutama Astro Oasis melalui program Gema Gegar Vaganza lalu.

Lebih manis, namanama besar suatu ketika dulu seperti Hijjaz, Saujana, Mirwana, UNIC kembali disebut semula terutama oleh generasi Y yang mungkin tidak mengenali mereka sebelum ini.

Mungkin tidak ramai yang melihat sisi ini, Raihan menganggap setiap bait lirik dalam lagu nasyid boleh menjadi pahala atau dosa berterusan buat mereka.

Kata Che Amran, usaha mereka menyampaik­an lagu dakwah disifatkan sebahagian daripada saham akhirat dan yakin masingmasi­ng ada peranan sendiri.

“Selagi ada izin daripada Allah, kami akan teruskan usaha berdakwah dengan cara ini,” katanya tenang.

Dalam perkembang­an lain, Raihan akan bersama-sama beberapa penggiat muzik dalam dan luar negara membuat persembaha­n sempena Festival Dunia Sama’ Pertama (1st World Sama’ Fest) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada 28 Julai ini.

Artis lain dari Malaysia termasuk Datuk Nash, Datuk Hattan dan Johan As’ari. Artis luar negara pula dari Turki, AS, Pakistan, Syria dan Maghribi.

Pembelian tiket untuk menonton persembaha­n itu boleh didapati di www. tickethotl­ine.com.my atau layari laman sesawang www.tarekat.org untuk maklumat lanjut.

Kebanyakan penganjur tempatan masih berkira-kira dan anggap persembaha­n

sebagai kebajikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia