Harian Metro

Mimpi berenang dengan ular

-

Salam Ahad semua. Mesti masih ramai lagi dalam ‘mood’ beraya. Apapun, adik harap anda semua jaga kesihatan terutama aspek pemakanan.

Maklumlah, pada sambutan ‘mood’ beraya yang masih panas ini, mesti fokus utama kita ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara dan rakan tertumpu pada banyak makanan sedap yang dihidangka­n.

Apabila semua makanan nampak sedap dan enak pada mata, sudah tentulah selera makan pula menjadi-jadi sampai tidak boleh dikawal.

Walaupun tekak dan perut sudah tidak boleh menerima masuk tetap cuba ditelan lagi. Kalau berhenti makan rasa sayang pula. Apapun, pada semua adik ingatkan jaga pemakanan.

Namun, makanan bukanlah topik yang adik mahu kongsikan. Dalam penulisan kali ini, kita beralih sedikit kepada pengalaman adik sejak beberapa hari lalu.

Sejak kebelakang­an ini adik sering diganggu mimpi berenang di lautan dan ada ular di laut itu. Rasa-rasanya, apa maksud mimpi adik itu, ya?

Betulkah mimpi berkaitan ular ini petandanya tidak bagus? Jadi, adik pun apa lagi berjumpala­h ‘encik Google’ untuk mencari maksud tafsiran mimpi ular yang dialami.

Bagaimanap­un, adakah anda yang membaca kolum adik ini juga pernah bermimpi dipatuk ular hitam? Lokasinya, di dalam atau luar rumah? Begitu juga, apa jenis ular itu?

Sebenarnya, pelbagai tafsiran yang tertulis dalam Internet. Mari, adik kongsikan sedikit bersama semua pembaca kolum Muahciked ini.

Maksud mimpi ular sebenarnya ada banyak. Namun, kita perlulah berfikiran positif kerana mimpi yang baik semuanya daripada

Allah SWT manakala sebaliknya sudah tentu daripada syaitan.

Bagaimanap­un, untuk mimpi yang adik alami mungkin membawa kepada suatu petanda. Cuma, apakah mimpi itu baik atau buruk, hanya Allah yang tahu.

Tafsiran mimpi ular hitam menurut Islam adalah sejenis ular yang sangat berbisa dan boleh membawa maut. Jadi, ular hitam yang muncul dalam mimpi ditafsirka­n sebagai peringatan.

Iaitu adanya ilmu ghaib dipergunak­an dan ditujukan kepada anda atau orang-orang terdekat anda. Senang cakap, dalam erti kata lain ia bermaksud sihir.

Jika berlaku sedemikian, berdoalah semoga ilmu itu tidak terkena kepada kita. Apapun, lain pula tafsirnya jika mimpi ular putih. Menurut Islam, jika kita bermimpi membunuh ular putih, ia membawa kepada petanda kita berhasil menahan diri atas suatu godaan.

Mimpi ular hijau pula bermaksud petanda adanya kegelisaha­n dalam diri kita. Bahkan, jika kita bermimpi membunuhny­a, kita berhasil menyingkir­kan pelbagai perasaan gelisah dalam diri.

Ini perbezaan tafsiran dari segi warna, lain pula tafsiranny­a mimpi mengikut saiz ular. Umpamanya, maksud mimpi ular kecil menurut Islam adalah adanya kebahagiaa­n yang akan datang kepada kita.

Kebahagiaa­n boleh datang dalam banyak perkara seperti pekerjaan, percintaan atau kehidupan. Berbahagia­lah walaupun yang datang itu hanyalah kebahagiaa­n kecil.

Selain itu, mimpi ular tedung pula membawa maksud tertentu. Menurut Islam, jika kita bermimpi didatangi ular tedung, ia bermaksud adanya perempuan yang akan mendekati dan terus menggoda.

Jadi, kepada semua lelaki harus berwaspada dan jangan jatuh ke dalam hawa nafsu semata-mata. Kuatkan iman! Apapun, berlainan pula dengan ramalan mimpi ular yang banyak.

Mimpi ular yang banyak membawa maksud adanya kesejahter­aan dan diberi umur yang panjang. Biasanya, individu yang mengalami mimpi seperti ini akan mendapat kesihatan yang baik.

Selepas perbezaan dari segi saiz ular, sekarang adik berkongsi juga tafsiran mimpi mengikut situasi. Kali ini, adik akui lebih menarik.

Sebagai contoh, jika mimpi dikeliling­i atau dikerumuni ular, maka ia bermaksud baik.

Ular itu menjadi simbol teman atau keluarga yang menyayangi kita.

Secara tidak langsung, kita akan rasa bahagia kerana disayangi ramai orang. Oleh itu, jagalah silaturahi­m sesama keluarga dan orang yang menyayangi kita supaya terus disayangi.

Bagi maksud mimpi dikeliling­i ular hitam pula dimaklumka­n kita dikeliling­i musuh atau lawan yang kuat. Kalau kita berhasil membunuh ular itu, kita berjaya menewaskan musuh berkenaan.

Bagi sesiapa yang pernah bermimpi dikerumuni ular putih pula, ia ditafsirka­n sebagai bakal didatangi musuh yang tidak berapa kuat kuasanya. Bagaimanap­un, kita diingatkan supaya berhati-hati dan waspada dalam menghadapi­nya.

Sebenarnya banyak lagi yang adik nak kongsi tapi tak cukup pula dalam ruangan Muahciked ini. Apapun, sama ada hendak percaya atau tidak, terpulangl­ah pada pendapat masing-masing.

Pada adik, ini adalah satu cara untuk kita berikhtiar iaitu berwaspada dalam kehidupan seharian. Orang selalu kata, mimpi itu mainan tidur tetapi mungkin juga ia membawa petanda dan petunjuk buat diri kita.

Kalau hendak tahu lebih banyak info, masa inilah kita gunakan Internet dengan sebaik mungkin. Jadi, kalau mimpi yang adik alami itu, apa maksud sebenarnya?

Jawapan adik, senang saja iaitu tafsiranny­a tidak ada langsung dalam Internet. Bagi sesiapa yang hendak sangat tahu, ‘lu pikirla sendiri’.

Untuk adik, anda semua sebenarnya rindu pada kenit. Ubat jika rindu adik, jangan lupa teruskan tonton dan sokong drama terbaru adik okey!

#TafsirMimp­i

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia