Harian Metro

Garapan terbaik Spider-Man

-

FILEM: Spider-Man: Homecoming

ARAHAN: Jon Watts

PELAKON: Tom Holland,

Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr., Michael Keaton, Jon Favreau

GENRE: Fiksyen aksi TAYANGAN: 6 Julai 2017 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Jujurnya, filem ini boleh dianggap francais terbaik Spider-Man pernah dihasilkan. Seperti mana pelakon sebelum ini, Tobey Maguire yang dianggap cemerlang sebagai Peter Parker atau Andrew Garfield yang didakwa kurang menyerlah sebagai watak adiwira itu, Tom Holland juga ada tarikan tersendiri.

Ini terutama berjaya menggabung­kan kehidupan remaja dengan tanggungja­wabnya sebagai adiwira.

Majoriti babak berkembang ketika di sekolah dan kehidupan seharian Peter Parker, yakni sesuatu yang penonton jarang dihidangka­n pada lima filem Spider-Man sebelum ini.

Apa boleh dikatakan, pemilihan senarai pelakon remaja untuk filem ini dianggap pilihan terbaik dan kena dengan ‘mood’ tontonan.

Tom Holland berjaya mencipta semula karakter adiwira popular remaja itu dengan gaya tersendiri, pada masa sama seorang yang lucu dan bercita-cita tinggi.

Jika penonton pernah membaca komik adiwira itu, mereka pasti sedar sikap dan sifat itu sudah sedia ada dalam komik sebelum ini. Seragam dipakai Spider-Man juga berada pada tahap terbaik dan kekal asli seperti asal.

Imbas semula, masalah dengan filem sebelum ini adalah penonton dihidangka­n dengan jalan cerita sama sahaja dan kali ini penonton bukan saja dihidangka­n jalan cerita segar malah idea lebih menarik.

Biarpun ada watak Iron

Man dalam Spider-Man Homecoming, ia tetap filem Spider-Man. Tidak dinafikan, watak Iron Man aka Tony Stark ada dalam beberapa babak tapi dia sekadar mentor Spider-Man sahaja.

Selebihnya, dari segi aksi, komedi dan drama, ia diserahkan 100 peratus kepada Spider-Man. Setiap babak atau plot utama berkembang dengan sangat progresif dan ia menjadi lebih bagus daripada satu babak ke babak seterusnya.

Satu lagi tarikan ialah filem ini memiliki banyak momen dan keterujaan yang bakal membawa kepada filem seterusnya. Disebabkan itu, penonton perlu beri perhatian setiap butiran yang ada dalam babak untuk mencari klu sehingga ke babak akhir.

Bukan saja watak SpiderMan, watak antagonis lakonan Michael Keaton yang memegang watak Adrian Toomes aka Vulture juga bijak menonjolka­n lakonan hebat. Dia boleh dianggap watak penjahat terbaik untuk filem adiwira setakat tahun ini.

Rumusannya, Spider-Man Homecoming mempunyai tarikan termasukla­h dari segi lakonan, penceritaa­n, koreografi aksi dan kesan khas.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia