Harian Metro

Genre seram Korea luar jangkaan

-

Penonton tempatan jarang disajikan genre seram atau misteri dari Korea sebelum ini, sebaliknya lebih kenal filem seram misteri terbitan Jepun atau Thailand sahaja.

Namun demikian apabila munculnya filem ini, peminat genre ini pasti kagum dengan plot yang dipenuhi dengan babak provokatif, terutama dalam menyebabka­n otak penonton ligat menyelusur­i misteri yang cuba dirungkai.

Secara ringkas, filem ini mempunyai elemen ‘flashback’ yang membantu penonton untuk lebih memahami jalan cerita.

Plot filem pula diselitkan dengan aksi dan momen tertentu apabila setiap babak memainkan peranan penting untuk jalan cerita terus bergerak.

Lakonan barisan pelakonnya juga amat berkesan, cuma ia mungkin jadi lebih baik jika perkembang­an karakter diberi penekanan seperti watak Paderi Choi (Taec Yeon).

Watak itu dilihat mampu berkembang lebih besar dari segi emosi, terutama pada pengakhira­n jalan cerita.

Selain itu, skrip filem ditulis dengan baik, begitu juga klimaks filem yang berjaya mengejutka­n penonton melalui

‘plot twist’ yang tidak disangka-sangka.

Di sebalik asyik fokus pada watak Mi Hee (Kim Yun Jin), penonton juga harus lihat pada karakter lain yang tidak kurang pentingnya untuk jalan cerita dan menyumbang kepada kejutan dalam plot.

Elemen triler berada pada tahap terbaik dan tepat pada masa serta waktunya, sekali gus membuatkan penonton juga sentiasa diberi kejutan luar jangka.

Ia mengisahka­n Mi

Hee, suri rumah yang dipenjara selama 25 tahun atas kesalahan membunuh suaminya. Anaknya pula dilaporkan hilang pada hari kejadian.

Selepas dibebaskan, Mi Hee balik ke rumah asal untuk merungkai semula kejadian lalu dan pada masa sama, mencari semula anaknya yang hilang.

Untuk pengetahua­n, filem ini adalah versi ‘remake’ filem asal Venezuela pada 2013, tapi diolah agar menepati cita rasa Asia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia