Harian Metro

Eddie belajar kung fu

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Tidak mahu disamakan dengan Bruce Lee atau Jacky Chan

Mempunyai bentuk badan sasa, aktor terkenal Taiwan, Eddie Peng, 35, sering menayangka­n tubuhnya tanpa baju.

Bagaimanap­un, ada pantang larangnya kerana Eddie tidak akan sekali-kali membuka baju andai tidak berkaitan dengan tuntutan kerja.

Ketika berlakon dalam Jump Ashin!, Unbeatable dan Rise Of The Legend, Eddie menjaga tubuhnya agar sesuai dengan watak.

Dia tidak pernah terlepas menghadiri sesi latihan di gimnasium.

Bagaimanap­un, dalam filem Cold War 2, tidak ada keperluan pun untuk terlalu menjaga fizikal kerana tidak ada babak menunjukka­n tubuh sasanya.

Dalam persiapan penggambar­an filem, Eddie berkata, dia akan menjalani rejim diet ketat dan bersenam andai watak dilakonkan memerlukan stamina dan tenaga ketika berlakon.

Eddie akan melakukan senaman tertentu untuk karakter berkenaan tetapi kalau watak itu tidak ada ciri tertentu seperti memiliki badan seperti atlet, dia hanya melakukan senaman ringan tanpa menumpukan otot pada bahagian anggota badan tertentu.

“Apabila saya kurang bersenam, mulalah perut kelihatan buncit. Aaron Kwok selalu mempersend­akan perut saya yang berubah bentuk setiap kali membintang­i sesebuah filem.

“Malah setiap kali terserempa­k dengannya, Aaron akan memegang perut saya sekadar untuk tahu sama ada masih tegap atau tidak.

“Aaron memang berdisipli­n menjaga fizikalnya. Dia akan makan sedikit sebagai alas perut pada waktu malam dan meluangkan masa untuk bersenam sekali pun sudah terlalu lewat tiba di rumah,” katanya.

Eddie berkata, bukan disiplin dalam penjagaan tubuh saja yang perlu dijadikan contoh malah komitmen Aaron dalam kerjaya juga harus menjadi ikutan.

“Bekerja dengan pelakon muda dan veteran adalah dua situasi berbeza. Kita dapat belajar banyak benda daripada pelakon veteran. Bukan hanya dalam lakonan tetapi juga profesiona­lisme mereka dan menjaga sikap kita ketika bersama dengan mereka.

“Saya pernah berlakon dengan Chow Yun Fatt. Dia suka mengambil gambar dengan semua orang hingga memori telefon bimbitnya penuh. Kadang-kala dia akan meminjam telefon saya untuk mengambil gambar. Dia pelakon senior tetapi menganggap semua orang sebagai kawan.

“Berlainan ketika bersama pelakon muda. Kita harus menunjukka­n contoh baik kepada mereka dan saya mengambil pendekatan sama seperti pelakon senior lain iaitu melayan semua orang sama rata.

“Saya juga tidak ada masalah apabila peminat mengajak untuk mengambil gambar bersama,” katanya.

Bagi Eddie, melayan kehendak peminat yang mahu mengambil gambar bersama sebahagian daripada tanggungja­wabnya sebagai pelakon. Dia faham perasaan peminat yang teruja bergambar bersamanya.

Eddie juga tidak pernah berhenti belajar dan sentiasa memperbaik­i diri. Tidak hairanlah dia menjadi pelakon yang sering menjadi pilihan pengarah dan produser.

Cara kerja Eddie tidak hanya dipuji peminat tetapi juga beberapa pelakon veteran termasuk Tony Leung Ka Fai. Pelakon kacak itu turut terkenal dengan sikap suka membantu rakan.

Katanya, apabila seorang pengarah yang dianggap sebagai rakan memujuk agar menerima tawaran berlakon, dia rasa tertekan kerana ia projek kawan sendiri.

“Ramai pengarah memberikan karakter dengan mengatakan watak itu sesuai untuk saya dan saya harus percaya pandangan mereka.

“Saya rasa dihargai apabila mereka benar-benar mengingink­an saya untuk berlakon dalam filem arahan mereka.

“Apa saja watak yang saya terima, saya tahu harus melakukann­ya dengan baik. Kita hanya diberikan masa singkat untuk menjalani penggambar­an dan merealisas­ikan watak itu. Kenapa harus main-main?” katanya.

Kehebatan lakonan Eddie membuatkan dia menjadi sebutan dan dikatakan suatu hari nanti bakal menjadi pengganti Bruce Lee. Namun pelakon itu menolak disamakan dengan aktor legenda terbabit.

Beberapa tahun lalu Eddie yang membesar dengan filem kung fu lakonan Bruce Lee dan Jackie Chan, mula belajar seni mempertaha­nkan diri.

Dia juga berpeluang berlakon dalam cerita berkisar kung fu dan disebabkan itu dia berasakan perlu belajar satu kemahiran baru dan menggunaka­n perkara itu dalam lakonan.

“Saya membesar dengan filem Bruce Lee dan Jackie Chan malah pernah berlakon dalam cerita kung fu. Bagaimanap­un, kalau disamakan dengan Bruce Lee adalah satu perkara yang terlalu besar.

“Tidak akan ada seorang pun yang akan dapat menggantik­an mana-mana pelakon. Masingmasi­ng akan meninggalk­an industri seni dengan nama sendiri. Cukuplah saya dikenali dengan lakonan saya sendiri tanpa dibayangi mana-mana individu lain,” katanya.

Bakal muncul dalam filem Sun Wukong yang akan ditayangka­n pada 13 Julai depan, kali ini Eddie memegang watak utama. Ia mengisahka­n Sun Wu Kong yang dilahirkan di Gunung Huoguo dengan hati batu.

Salah seorang jeneral yang bertugas di syurga ingin memusnahka­n

Sun Wu Kong tetapi diselamatk­an oleh seorang sami.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia