Harian Metro

Remaja teroka l

- Ainal Marhaton Abd Ghani metahad@hmetro.com.my

Selam skuba antara aktiviti mencabar yang mempunyai kelainan serta keistimewa­an tersendiri. Ia bukan saja dilihat santai sambil menikmati keindahan laut dalam, juga boleh dijadikan aktiviti riadah yang mencabar dan mengujakan.

Rata-rata mereka yang gemar menyelam skuba akan mengambil lesen bagi membolehka­n mereka ‘mencuci mata’ sambil meneroka keindahan laut dalam yang penuh dengan warna-warni. Juga, sangat sukar menggambar­kan kepuasan dan ketenangan minda yang dialami ketika meneroka keindahan alam di bawah permukaan air.

Bagi yang baru berjinakji­nak dengan dunia selam skuba ini pasti sangat teruja apabila berpeluang meneroka ‘alam laut’ yang penuh dengan rahsianya yang tersendiri.

Pengalaman sama dirasai sembilan remaja berusia 11 hingga 18 tahun yang mengambil lesen Junior Open Water Diver (OWD) sempena program Bubble Camp 2017, anjuran Damai Tioman Resort, Kampung Genting, Pulau Tioman, Pahang, baru-baru ini.

Mereka berpeluang menjalani latihan menyelam pada kedalaman tiga hingga lima meter ketika aktiviti ‘boat dive’ sebagai syarat mendapatka­n lesen berkenaan yang dikeluarka­n Persatuan Profesiona­l Jurulatih Selam Skuba

(PADI)

Bagi Siti Nurhaliza M Saidin, sejak berusia empat tahun lagi dia sudah mula ‘berjinak’ dengan aktiviti air kerana bapanya penyelam skuba.

“Tiada apa yang menakutkan ketika ‘bermain’ dengan pantai dan laut kerana bapa sentiasa ada bersama dan kini Pulau Tioman adalah sebahagian daripada kehidupan saya.

“Saya teruja apabila diberi peluang mengambil lesen Junior OWD kerana ia antara minat utama saya sejak kecil.

“Seronok dapat menyelam sehingga satu tahap saya berasakan seperti sedang ‘tidur lena’ kerana suasananya sangat tenang dan mendamaika­n,” katanya.

Rakannya, Noor Salina Jalal, 15, turut teruja kerana dapat mengambil lesen berkenaan walaupun kehidupan seharianny­a sentiasa memandang laut yang terbentang luas di Kampung Tekek.

“Sebagai ‘anak pulau’ saya juga berkeingin­an untuk meneroka dasar laut dan peluang itu berjaya diperoleh sempena program Bubble Camp kali ini apabila nama saya tersenarai sebagai peserta kursus selam skuba.

“Cikgu (jurulatih) memberi penerangan dengan jelas mengenai aktiviti ini ketika di dalam kelas dan saya sentiasa berfikiran positif dan menanam sikap

Pelajar sekolah bertuah ikuti latihan menyelam dapat lesen Junior Open Water Diver

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Nama: Ahmad Aidid Hakimi Ahmad Zakki Lahir: 10 Ogos 2006 Pendidikan: SK Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur
Cita-cita: Doktor
Nama: Ahmad Aidid Hakimi Ahmad Zakki Lahir: 10 Ogos 2006 Pendidikan: SK Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur Cita-cita: Doktor
 ??  ?? Nama: Siti Nurhaliza M Saidin
Lahir: 16 Oktober 2002 Pendidikan: SMK Tekek, Pulau Tioman, Pahang Cita-cita: Jurutera
Nama: Siti Nurhaliza M Saidin Lahir: 16 Oktober 2002 Pendidikan: SMK Tekek, Pulau Tioman, Pahang Cita-cita: Jurutera
 ??  ?? Nama: Darwishah Nordin Lahir: 20 Jun 2003 Pendidikan: SMK Paya Besar, Kuantan, Pahang Cita-cita: Veterinar
Nama: Darwishah Nordin Lahir: 20 Jun 2003 Pendidikan: SMK Paya Besar, Kuantan, Pahang Cita-cita: Veterinar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia