Harian Metro

Tiru konsep kedai mamak

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Kedai mamak bukan sekadar lokasi untuk ‘pekena’ teh tarik mahupun roti canai semata-mata, sebaliknya ia menjadi ‘port’ lepak mahupun bersantai bersama rakan. Tidak mengira usia, ‘trend’ atau konsep restoran ini sering dikaitkan dengan layanan pantas serta pilihan roti mahupun masakan dihidang panas, membuatkan ia sering dikunjungi pelanggan.

Tidak hairanlah Pengarah Restoran Barra Mohamad Isa Mohammad Noh memilih konsep kedai makan berkenaan sebagai konsep restoranny­a di Bandar Baru Bangi Selangor.

Kata Isa, meskipun sebahagian menu Restoran Barra seperti kedai mamak, namun segi rasa mahupun kualiti persembaha­n ada kelainanny­a.

“Sebelum memulakan perniagaan makanan saya sering menghabisk­an masa bertemu rakan di kedai mamak. Melihat betapa popularnya kedai mamak setiap masa dipenuhi pelanggan, saya ‘ceduk’ konsep itu dan praktiskan di Restoran Barra sejak 2010.

“Lokasi pertama ialah Seksyen 7, Shah Alam kerana tumpuan pelajar. Kemudian dua tahun lalu kami berpindah ke Bandar Baru Bangi apabila melihat lokasi serta permintaan di sini jauh lebih baik selain kawasan ini turut popular sebagai ‘hab’ makanan,” katanya.

Kata Isa lagi, Restoran

Restoran Barra saji

lebih 50 pilihan menu dengan layanan pantas

Barra bukan saja popular dalam kalangan belia malah digemari pelanggan yang datang bersama keluarga.

“Kami turut dikunjungi pelanggan datang bersama keluarga kerana pilihan menu pelbagai disediakan selain harga berpatutan. Malah ada pelanggan memberi maklum balas

 ??  ?? 1
2
3
4
5 PELBAGAI pilihan menu di Restoran Barra.
AYAM tandoori antara menu mendapat sambutan.
ROTI nan keju lengkap bersama ayam tandoori.
MINUMAN istimewa ditawarkan, Blendded Kelapa Susu dan Jus Durian Belanda.
PENGUNJUNG berkeluarg­a turut mengunjung­i Restoran Barra.
1 2 3 4 5 PELBAGAI pilihan menu di Restoran Barra. AYAM tandoori antara menu mendapat sambutan. ROTI nan keju lengkap bersama ayam tandoori. MINUMAN istimewa ditawarkan, Blendded Kelapa Susu dan Jus Durian Belanda. PENGUNJUNG berkeluarg­a turut mengunjung­i Restoran Barra.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia