Harian Metro

Terpegun lihat kincir angin gergasi

- Zulkifli Ibrahim zulkiflibr­ahim@hmetro.com.my

Rombongan kami masih dalam rangka lawatan ke kawasan tanah rendah Belanda. Tidak sampai 30 minit perjalanan bas dari Vollendam terletak pula perkampung­an Zaanse Schans. Kali pertama terdengar ia disebut ketua rombongan, penulis terfikir, “Apa, kita mahu pergi kampung Genghis Khan?”

Di situ kita boleh lihat satu lagi kehebatan kejurutera­an Belanda (sebenarnya bukan satu tetapi tujuh yang nampak pada mata penulis). Kincir angin gergasi yang menjadi lambang kemegahan negara itu. Gambaran awal kincir angin yang diingat penulis adalah sebesar kuku jari yang tertera pada label tin susu pekat popular di negara kita.

Kini apabila di depan mata, barulah tahu ia setinggi bangunan empat tingkat tidak termasuk empat bilah kipas yang setiap satunya sebesar sayap kapal terbang.

Zaanse Schans adalah muzium terbuka di tepi

Sungai Zaan, dalam perbandara­n Zaandam. Ia adalah perkampung­an tradisiona­l dipenuhi rumah kayu comel pelbagai rupa yang dipulihara.

Ia contoh terbaik bagi memahami masyarakat lama negara berkenaan. Semua rumah dan kedai di sini berumur lebih 100 tahun dan dibawa ke sini dari kawasan lain di Belanda. Tentulah ada yang sudah mereput dan mahu runtuh tetapi dicabut, dibaiki dan dibina semula di sini.

Ada juga yang diangkut sebuah-sebuah menggunaka­n lori atau feri. Yang penting, bentuk rupa dan seni binanya terpelihar­a. Mungkin juga rumah-rumah ini masih didiami kerana kelihatan ramai kanak-kanak dan remaja bermain-main dan berbasikal ke sana sini.

Banyak juga kedai menjual cenderahat­i aneh, kedai roti, restoran dan kilangkila­ng kecil mengadakan demonstras­i cara membuat keju, coklat, biskut, clog serta pertukanga­n kayu dan besi.

Semua itu contoh perusahaan kecil yang membangunk­an Belanda pada abad ke-19. Namun, kerana kesuntukan masa, kami tidak dapat hendak meninjau keseluruha­n Zaanse Schans yang luas ini.

Ramai daripada rombongan kami berjalanja­lan sambil merakam gambar kenangan di sana sini dan tidak kurang juga menyewa basikal.

Bagi penulis, cukup sekadar minum coklat panas di luar kedai sambil mata tertumpu pada sekumpulan itik berenang-renang dan terbang di sungai sementara dalam benak fikiran, terbayang betapa sibuknya penduduk di sini lebih 100 tahun lalu. Namun kini, persekitar­annya tenang dan sungguh mengasyikk­an.

Berselirat di celah-celah bangunan rumah, bangsal ternakan dan ladang, boleh kita lihat terusan kecil dan besar, banyak bot kecil dan besar, sesetengah­nya berenjin, berlayar dan juga berpendayu­ng. Kalau ada banyak masa, boleh menaiki bot sewa memudik Sungai Zaan.

Di beberapa tempat strategik kelihatan kincir angin gergasi seolah-olah penjaga yang memerhatik­an keadaan di sekeliling. Semua kincir angin berkenaan diselengga­ra rapi dan masih berfungsi dengan baik.

Semua kincir ini bukti betapa efisiennya penduduk Belanda zaman dahulu.

Mereka meraih tenaga semula jadi yang bukan sahaja bersih, malah percuma iaitu angin kencang yang tidak henti supaya melakukan tugas paling penting iaitu mengangkut air laut yang melimpah ke terusan dan mengalirka­nnya semula ke laut.

Ini bagi mengelakka­n malapetaka banjir yang boleh merosakkan tanah tebus guna di kawasan berkenaan. Harus diingat kawasan itu bawah aras laut dan andai banjir melanda, punahlah kehidupan di sini.

Mungkin elok bagi kita mengambil iktibar berikutan fenomena air laut pasang besar yang makin kerap berlaku di negara kita.

Namun demikian, kincir

Binaan setinggi bangunan empat tingkat

dengan empat bilah kipas setiap satu sebesar sayap kapal

terbang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia