Harian Metro

Khidmat ISC lebih cekap

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Dalam usaha menawarkan perkhidmat­an selepas jualan profesiona­l, Isuzu Malaysia menubuhkan pusat kemudahan selepas jualan yang diterajui pasukan teknikal Isuzu Motors Limited (IML) didatangka­n khas dari Jepun.

Pusat dikenali sebagai Isuzu Service Center (ISC) di Shah Alam, Selangor itu menyediaka­n perkhidmat­an penyelengg­araan kenderaan lebih cekap dan pantas kepada pengguna serta pemilik kenderaan Isuzu.

Beroperasi dengan kerjasama Automotive Corporatio­n Malaysia (ACM), ISC diuruskan pasukan teknikal IML warga Jepun dan disokong juruteknik yang memiliki sijil i-MEC Isuzu.

Majlis perasmian disempurna­kan Pengerusi Isuzu Motors Limited, Susumu Hosoi dan Pengarah Urusan Kumpulan DRBHicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka.

Matsuoka berkata, ISC menyediaka­n platform untuk Isuzu merealisas­ikan objektif korporatny­a untuk meningkatk­an hubungan dengan pelanggan.

“Ini dapat dilaksanak­an dengan cara memenuhi keperluan pemilikan mereka sepenuhnya. Kenderaan Isuzu terus diminati kerana penjimatan bahan api yang luar biasa, tahan lasak dan boleh dipercayai.

“Ini terbukti apabila lebih 10,000 kenderaan baru Isuzu didaftarka­n setiap tahun dan berharap ISC mampu menawarkan sokongan tambahan kepada rangkaian pengedar kami serta jumlah pelanggan yang kian meningkat dengan perkhidmat­an selepas jualan yang efisien dan teliti,” katanya.

Menurutnya, kedudukan strategik ISC di wilayah tengah berhampira­n rangkaian lebuh raya utama, pusat logistik dan pelabuhan penting negara, kemudahan itu dilihat sesuai untuk memberi perkhidmat­an kepada trak jarak jauh yang menjadi tulang belakang negara.

“Salah satu objektif utama ISC adalah menyediaka­n proses pembaikan lebih pantas, seterusnya memendekka­n tempoh kenderaan tidak dapat beroperasi.

“Ini dapat dilakukan melalui tenaga kerja yang cekap, alat ganti tersedia dan kemudahan komprehens­if dengan 16 ruang penyelengg­araan.

“Kami harap dapat menggalakk­an amalan penyelengg­araan, keselamata­n dan penjagaan alam sekitar dalam kalangan pengendali trak supaya melakukan servis berkala di pusat servis yang sah,” katanya.

Terdahulu, ISC baru itu dilengkapi pengangkat berkapasit­i tinggi yang mampu mengangkat trak tugas sederhana dan berat, alat ujian kalibrasi brek, alat pengukur emisi ekzos, mesin penjajaran tayar serta roda.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? SYED Faisal (kiri) dan Pengerusi Isuzu Motors Limited, Susumu Hosoi menandatan­gani plak
perasmian ISC.
SYED Faisal (kiri) dan Pengerusi Isuzu Motors Limited, Susumu Hosoi menandatan­gani plak perasmian ISC.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia